Resepi pulut udang kuih tradisi yang sedap sangat.
Pulut udang panggang homemade resepi kampung yang simple dan sedap. Pulut udang yang Simple dan Sedap kegemaran ramai boleh buat sendiri je dirumah.. Gabungan pulut lemak bersama inti kelapa parut sungguh sedap. Tambahan pula pulut udang dipanggang garing memberi lebih aroma. Mudah sebenarnya nak menyediakannya, apabila sudah siap, cepat pula habis licin. Jom masuk dapur. Resepi pulut udang Panggang: Bahan-bahan pulut lemak: 2 cawan beras pulut 2 cawan santan segar Garam secukup rasa Bahan-bahan inti kelapa : 2 cawan kelapa parut (1/2 biji) 2 ulas bawang besar 3 ulas bawang putih 1 inci kunyit hidup 2 sudu besar udang kering 1 sudu kecil jintan putih 1 sudu kecil jintan manis 2 sudu besar cili mesin 1 sudu kecil serbuk cili 2 sudu besar gula Garam secukupnya Bahan-bahan lain: Daun pisang dilayur Lidi atau pencungkil gigi Cara masak pulut lemak : 1. Rendam beras pulut 30 minit ke 1 jam. Kemudian cuci bersih dan tapiskan. 2. Kukus selama 40 minit atau sehingga 3/4 masak. Kemudian keluarkan dan masukan ke dalam sebuah bekas. 3. Di dalam bekas masukan santan dan garam. Gaul rata sebati kemudian sambung kukus sehingga masak. Cara masak inti kelapa: 1. Kisar semua bahan kecuali kelapa parut, gula dan garam. 2. Tumis bahan kisar dan perasakan dengan garam dan gula. Kemudian masukan kelapa parut. Masak sehingga sebati dan kering sedikit. Kemudian biar ia sejuk dahulu. 3. Selepas daun pisang sudah dilayur, ambil sedikit pulut lemak dan lenyet (mampatkan) nipis. Kemudian letakan inti kelapa di tengahnya. Gulung kemas seperti yang ditunjukan dalam video, dan sematkan lidi pada kedua hujung nya. 4. Masak di atas non stick pan sehingga ia garing pada kedua bahagian.

pulut udang panggang versi kampung homemade kegemaran ramai sedap dari beli dekat kedai

Onde Onde Recipe | Kuih Buah Melaka | Glutinous Rice Balls with Gula Melaka | Malaysian Dessert

laksa penang resepi sedap original utara.

Pulut Kacau@Pulut Wajik@Nasi Manis | 💯% Gula Merah | Resepi Arwah Mak👍😋

Kuih Koci Labu Sukatan Cawan Anti Gagal - Mudah dan Ringkas

Resepi Pulut Pagi, Menu Sarapan Tradisional ✅

Kuih Lapis Lemak Manis | Sukatan Cawan dan Tips Permukaan Kilat | Malaysian Favourite!

Cara buat kuih koci pandan | kuih lagend yang masih diminati | kuih bugis

Agar-agar Pandan Kastad | How to make Pandan Custard Jelly

KUIH LOPES | 2 CAWAN BERAS PULUT

Kuih Pulut Sekaya @ Tok Haji Serban / Lembut Dan Lemak Mesti Cuba

ABUK ABUK SAGU BIJI

roti jala resepi | berlauk inti pedas dan Sedap

Dodol Tradisional Sukatan Cawan | Sedappp Confirm Jadi | #milahskitchen #youtube

Cara Buat Lemang Kukus Paling Senang — Lembut, Wangi & Tak Gagal

Resepi Pulut Panggang | Isi Penuh bila Buat Sendiri

Kuih Seri Muka Pandan Tanpa Telur | Sukatan Cawan Dan Tips Permukaan Licin | Malaysian Favourite

Pulut Udang ..ķaedah masak pùlut cara lama.

Kuih Lepat Pisang Lemak Manis | Sukatan Cawan dan Tips Lembut | Traditional Malaysian Recipe!

