Jalan - jalan Langkawi 2025 Part 2

SkyCab Langkawi merupakan antara tarikan paling popular di Langkawi yang membawa pengunjung naik ke puncak Gunung Mat Cincang dengan pemandangan laut, pulau dan hutan yang sangat cantik. Dari atas, pengunjung boleh menikmati suasana sejuk serta berjalan di SkyBridge yang tergantung tinggi antara gunung. Kilim Geoforest Park pula terkenal dengan aktiviti mangrove tour menggunakan bot menyusuri sungai paya bakau. Sepanjang perjalanan, pengunjung boleh melihat helang, gua batu kapur, hutan bakau dan keindahan alam semula jadi yang tenang dan unik. #langkawi #pulaulangkawi #skycab #gunungmatchinchang #skycablangkawi #mangrove #mangrovetourlangkawi