ICCP@SSP 2025 | BUKAN PILIHAN | TRAILER

Subtema yang dipilih 11.3 - Pembangunan bandar yang inklusif dan lestari 11.7 - Menyediakan akses kepada ruang hijau dan awam yang selamat dan inklusif 11.8 - Perancangan pembangunan nasional dan serantau yang kukuh Objektif -Bersikap peka dan prihatin terhadap rakan sekeliling Target kumpulan -Pelajar sekolah Isu utama -Waris yang tidak bertanggungjawab dibawah jagaannya dan rakan-rakan yang tidak peka terhadap keadaan rakannya. Rumusan -Mengisahkan seorang murid, bernama Haikal yang merupakan anak yatim piatu yang kemudian dihalau oleh pakciknya iaitu waris kepada ibu bapa Haikal. Namun, Haikal tetap bertekad untuk pergi ke sekolah bagi menuntut ilmu. Kemudian, rakan-rakan sekolahnya, Malik dan Riduan yang peka dan prihatin terhadap rakannya, membantu Haikal dengan membuat kutipan dana yang disokong oleh pihak sekolah bagi membantu masalah yang dihadapi Haikal. Setelah beberapa bulan berlalu dana berjaya dikumpul. Akhirnya, masalah kewangan yang dihadapi oleh Haikal diselesaikan oleh rakan-rakannya. #iccp2025