GOOGLE DATA STUDIO : CARA HASILKAN 'DASHBOARD'

📆 9 Januari 2022 ⛅️ Ahad 🕙 11:30 pg Google Data studio merupakan aplikasi dalam talian yang mampu menukar data kepada laporan atau dashboard yang bermaklumat dan boleh diubahsuai. Ia juga mampu menghubungkan pelbagai jenis data secara virtual. Ia boleh menghubung dan memapakan data yang telah diisi dari pelbagai platform termasuk 'Google Form' secara automatik. Kini tugas menganalisis data menjadi mudah dengan Google Data Studio.