FERI RORO LANGKAWI DARI KUALA PERLIS KE LANGKAWI PART1 (FERRY RORO DRIVING GUIDE)
FERRY RORO DRIVING GUIDE Saya kongsikan tips cara membawa kereta sendiri dari Kuala Perlis ke Pulau Langkawi. RORO sebenarnya adalah ringkasan bagi Roll On / Roll Off. Feri ini menuju ke jeti Dermaga Tanjung Lembah di Langkawi dan perjalanan dari Kuala Perlis ke Langkawi menaiki perkhidmatan ini mengambil masa selama 2 jam 30 minit. *Bagi mereka yang berminat menggunakan perkhidmatan Langkawi Ro-Ro Feri Services Sdn Bhd, berikut merupakan panduan untuk menempah tiket. pastikan dokumen- dokumen penting perlu disediakan sebelum membuat penempahan tiket : 1. Salinan Geran kenderaan 2. Salinan IC pemandu 3. Maklumat penumpang (Nama dan nombor kad pengenalan) 4. Nombor telefon pemandu 5. Sebarang maklumat atau dokumen berkaitan Syarikat Langkawi Ro-Ro Feri Services Sdn Bhd. akan memproses dokumen- dokumen dihantar dan para penumpang akan memperoleh info tempahan melalui SMS atau email selepas pengesahan dokumen. Pastikan anda menghantar semula segala maklumat kepada syarikat tersebut sekurang- kurangnya 3 hari sebelum tarikh perjalanan. Bayaran haruslah dilakukan secepat mungkin dan harga tiket akan diberitahu melalui email atau SMS. Para penumpang perlu memastikan kenderaan anda berada 2 jam lebih awal daripada waktu perjalanan untuk memudahkan urusan pemeriksaan kastam. Tiket anda akan dibatalkan jika tidak mematuhi syarat ini. Bagi mereka yang berhasrat menggunakan perkhidmatan ini, anda boleh menghubungi nombor telefon di bawah untuk maklumat lanjut. Nombor telefon: 04-9854881 (Kuala Perlis) Nombor telefon: 04-9669881 (Langkawi) Laman web: http://www.langkawiroro.com/ Semoga perkongsian info mengenai RORO Kuala Perlis ke Langkawi ini bermanfaat kepada anda. Bersama kita menyokong industri pelancongan dalam negara kita. https://ticket.langkawiroro.com/

CRAZIES STORM RAIN SURVIVAL CHALLENG CATCH & COOK WITH MY DOG!

Scott Ritter: Russland gewinnt den Krieg – und das eindeutig

Teroka Pulau Pangkor

Jalan Arau - Kodiang - Jitra | Jalan Raya

Frankreich – Spanien Highlights | Halbfinale, FIFA WM 2026 | sportstudio

TRIP TERENGGANU | 4 Tempat Menarik Wajib Singgah!

Ferry Ride Kuala Perlis to Langkawi | Complete Travel Guide

PRN Negeri Sembilan: Ucapan PM Anwar Ibrahim di Majlis Pengumuman Calon Pakatan Harapan

TUTORIAL DI AIRPORT Cara naik flight AirAsia pertama kali dari berlepas hingga mendarat

'Dah lama mimpi Malaysia macam Malaysia semula' - Penduduk puji Imigresen 'kaut' ribuan warga asing

Idiots In Cars 2025 Caught On Camera: Ultimate Car Crashes Compilation

RORO SHIP#2 UNLOADING TIME

Solo Ride LIMA Langkawi 23 | Bawa Motor Naik Roro Dari Kuala Kedah

4K-HDR | PADANG BESAR | KUALA PERLIS | 2:00PM | ESCAPE FROM PLUS | WEEKEND ESCAPE

Ep 100 | Kenapa BN Menang Besar? Apa Isyarat Untuk PRU16?

Langkawi - Aku jadi Digital Nomad kat pulau paling AWESOME!

Only Pakistani Mechanics Can Repair This Giant Caterpillar Loader Tire

Kenapa Perang Iran sukar dihentikan? Bersama ZRA Strim

Unbelievable Smart Workers | Genius Construction Skills, Crazy Fails | Part 110 #construction #smart

