[KAJIAN KRITIS] Siapa Ibnu Ishaq? (Sesi 2 Dari 2 ) - Maulana Muhd Asri Yusof

https://darulkautsar.wordpress.com/ KAJIAN KRITIS: SIAPA IBNU ISHAQ? - Sesi 2 Dari 2 Diskusi Buku - Ibnu Ishaq: Peranannya Dalam Penyebaran fahaman Syiah Di Kalangan Ummah Oleh Maulana Muhd Asri Yusof 21 Jan 2004 SIAPA IBNU ISHAQ? Namanya Muhamad bin Ishaq. Hidup sezaman dengan Imam Malik dan pernah berjumpa dengan Anas bin Malik dan Said Ibnu Musayyab. Beliau secara tidak rasminya diangkat sebagai ‘bapa sirah’ dan cerita-cerita sirah yang bersumber dari beliau banyak bertebaran dalam kitab-kitab sirah kemudiannya. Malah dalam sukatan pelajaran Universiti Al-Azhar terdapat cerita-cerita yang bersumber dari beliau. Salah seorang anak muridnya Ibnu Hisham telah mengutip secara bebas (ataupun dengan tapisan yang ringan) cerita-cerita dari Ibnu Ishaq dan memuatkannya di dalam kitabnya yang termasyhur Sirah Ibnu Hisham, sebuah kitab rujukan sirah yang utama masakini. Ibnu Ishaq ialah seorang penganut Syiah. Anutannya telah mempengaruhi cara beliau berfikir dan telah banyak diabadikan di dalam kitab-kitab yang beliau nukilkan atau dalam siri pengajiannya. Banyak cerita-cerita ganjil berkenaan kehidupan dan suasana awal Islam yang bersumber hanya dari beliau seorang. Cerita-cerita ini banyak untuk menyokong fahaman Syiah iaitu samada mengangkat secara berlebihan Saidina Ali ra atau keluarganya, mengurangkan sumbangan atau memburuk-burukkan Sahabat yang lain terutama Saidina Muawiyah serta Sahabat-sahabat utama seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, ‘Aishah r.ahum. Antara cerita yang diriwayatkan oleh beliau yang dipertikaikan oleh ulama’ ialah: a) Kisah Hindun r.ha., ibu kepada Saidina Muawiyah, yang dikatakan memakan jantung Saidina Hamzah. Cerita ini tidak pernah diceritakan oleh orang lain malah dalam Sahih al-Bukhari, Wahsyi r.a, yang membunuh Saidina Hamzah dan mana-mana Sahabat lain tidak pernah menyebut tentang kisah ini. Motif utama kisah ini ialah mencacatkan Hindun, ibu kepada Muawiyah, musuh utama golongan Syiah. b) Kekarutan dalam cerita-cerita tentang Muawiyah r.a dengan menggambarkan beliau sebagai seorang pemutar belit dan suka mengambil kesempatan. Motifnya ialah untuk mencederakan peribadi Sahabat besar ini kerana dengan tercederanya beliau bermakna al-Quran yang ada hari ini berkemungkinan ada kecacatan juga, kerana beliau adalah salah seorang jurutulis wahyu Nabi. c) Cerita hijrah Nabi s.a.w dari rumah Baginda pada waktu malam dengan Saidina Ali menggantikan tempat tidur Baginda s.a.w. Pada mata kasarnya ianya menunjukkan keberanian, kepatuhan dan pengorbanan Saidina Ali. Tetapi dalam kitab hadith paling sahih, Sahih al-Bukhari, mengatakan Nabi s.a.w berhijrah dari rumah Saidina Abu Bakar di waktu siang hari. Dalam Sahih al-Bukhari dinyatakan dengan jelas peranan keluarga Saidina Abu Bakar r.a. seperti Abd Rahman, Asma’ dan lain-dain dalam peristiwa hijrah ini. Tidak lain cerita yang dibawa oleh Ibnu Ishaq ialah untuk menutup sumbangan dan pengorbanan besar Abu Bakar r.a. sekeluarga sesuai dengan akidah Syiah yang mengkafirkan Sahabat-sahabat besar seperti Abu Bakar, Umar, Usman, Aisyah dan seterusnya. d) Kisah Isra’ Nabi dari rumah Ummu Hani’: Ummu Hani’ ialah kakak kepada Saidina Ali dan semasa peristiwa Isra’ masih lagi belum memeluk Islam. Secara sepintas lalu dapat diperhatikan Ibnu Ishak cuba mengaitkan setiap peristiwa besar dengan Saidina Ali sekeluarga. Dalam kes ini beliau sebenarnya cuba mencederakan maruah Rasullullah s.a.w. sendiri. Kalau cerita ini benar, kita akan mengatakan bahawa nabi s.a.w. bersunyi-sunyi (atau tidur) di rumah isteri orang tanpa kehadiran suaminya. Alangkah dahsyatnya fitnah yang ingin dilemparkan oleh Ibnu Ishaq terhadap nabi s.a.w. e) Kisah mempersaudarakan Ali r.a. dengan Nabi s.a.w. Suatu kisah yang tidak masuk akal bila dipandang dari tujuan ‘mempersaudarakan’ itu sendiri, kerana sememangnya Ali adalah saudara kepada Nabi s.a.w dan beliau juga berasal dari Mekah. Tidak lain ini adalah untuk menaikkan martabat Saidina Ali semata-mata (walhal kedudukan Saidina Ali r.a. telah sedia mulia). Banyak lagi kisah aneh yang dikeluarkan oleh beliau seorang. Maka tidak menghairankan bila ulama’ besar mengatakan: ”…salah seorang dajjal”, “Kami telah menghalau Ibnu Ishaq keluar dari Madinah” – Imam Malik. “Dia meriwayatkan hadith-hadith karut dari orang-orang majhul (orang yang tidak diketahui latarbelakangnya)” – Ali Ibnu Al-Madini. “Muhammad bin Ishaq adalah antara perawi-perawi yang tidak menepati syarat-syarat hadith sahih” – Imam Nawawi. “Aku bersaksi bahawa Muhammad bin Ishaq adalah pendusta besar” – Yahya bin Said al-Qatthan. Mereka yang men’ta’dil’kannya bersikap demikian kerana tidak mengetahui dengan jelas kedudukan sebenar beliau samada kerana tidak hidup sezaman dengannya atau tidak dapat mengesan sifat sebenar disebabkan oleh sikap “taqiyyah” yang diamalkan sesuai dengan kehendak ajaran Syiah yang dianutinya. (SAMBUNGAN ARTIKEL DI RUANGAN KOMEN YOUTUBE) Laman Web Menarik - TAMAN AL-QURAN - https://raudhahquran.school.blog/

Closeness to God begins with gratitude | Dr. Farid Al-Ansari
▶︎

Closeness to God begins with gratitude | Dr. Farid Al-Ansari

YT215 Twelve SECRET Keys to Unlock The Quran! An Unprecedented Disclosure by Dr Hany #HamzahYussuf
▶︎

YT215 Twelve SECRET Keys to Unlock The Quran! An Unprecedented Disclosure by Dr Hany #HamzahYussuf

[KAJIAN KRITIS] Siapa Ibnu Ishaq?  (Sesi 1 Dari 2 ) - Maulana Muhd Asri Yusof
▶︎

[KAJIAN KRITIS] Siapa Ibnu Ishaq? (Sesi 1 Dari 2 ) - Maulana Muhd Asri Yusof

[KAJIAN KRITIS]  Benarkah Nabi s.a.w. Buta Huruf? - Maulana Muhd Asri Yusoff
▶︎

[KAJIAN KRITIS] Benarkah Nabi s.a.w. Buta Huruf? - Maulana Muhd Asri Yusoff

Hikam Ibnu Athoillah
▶︎

Hikam Ibnu Athoillah

[AQIDAH] SEMINAR AQIDAH - USUL & FURU' AQIDAH ANTARA ASYA'IRAH & SALAFIAH- Maulana Muhd Asri Yusoff
▶︎

[AQIDAH] SEMINAR AQIDAH - USUL & FURU' AQIDAH ANTARA ASYA'IRAH & SALAFIAH- Maulana Muhd Asri Yusoff

Sirah Ibn Ishaq atau Sirah Ibn Hisyam?
▶︎

Sirah Ibn Ishaq atau Sirah Ibn Hisyam?

رقية البيت | سورة الفاتحة البقرة الكهف يس الواقعة الرحمن الملك الصافات الدخان الجن الزلزلة الاخلاص,
▶︎

رقية البيت | سورة الفاتحة البقرة الكهف يس الواقعة الرحمن الملك الصافات الدخان الجن الزلزلة الاخلاص,

[WACANA HADIS] Menangani Kesilapan Pemahaman Hadith Menurut Ahli Sunnah
▶︎

[WACANA HADIS] Menangani Kesilapan Pemahaman Hadith Menurut Ahli Sunnah

Suufi&salafi maxey isku heystaan ? Yaa cadow inoo ah? Xaalka qabiillada soomalida+xog kale.Sh A xayi
▶︎

Suufi&salafi maxey isku heystaan ? Yaa cadow inoo ah? Xaalka qabiillada soomalida+xog kale.Sh A xayi

[KAJIAN KRITIS] Kajian Hadith Tentang Pengumpulan al-Quran - Maulana Muhd Asri Yusoff
▶︎

[KAJIAN KRITIS] Kajian Hadith Tentang Pengumpulan al-Quran - Maulana Muhd Asri Yusoff

[SYARIAT] Penjelasan Bid'ah - 5 - Ubahsuai Dalam Ibadat & Contoh Bid'ah Idhofiah - Maulana Asri
▶︎

[SYARIAT] Penjelasan Bid'ah - 5 - Ubahsuai Dalam Ibadat & Contoh Bid'ah Idhofiah - Maulana Asri

FATIHA 7X AYATUL KURSI 7X KAFIRUN 7X IKHLAS 7X FALAQ 7X NAS
▶︎

FATIHA 7X AYATUL KURSI 7X KAFIRUN 7X IKHLAS 7X FALAQ 7X NAS

[SYARIAT]  Penjelasan Tentang Bid'ah
▶︎

[SYARIAT] Penjelasan Tentang Bid'ah

Wacana Pemurnian Sirah - Maulana Asri
▶︎

Wacana Pemurnian Sirah - Maulana Asri

سورة الواقعة ( كاملة ) ❤️ للرزق و البركة في البيت😴 | تلاوة هادئة بصوت مريح | القارئ بلال دربالي قرآن
▶︎

سورة الواقعة ( كاملة ) ❤️ للرزق و البركة في البيت😴 | تلاوة هادئة بصوت مريح | القارئ بلال دربالي قرآن

HIMPUNAN Kisah KARAMAH : Bersumberkan al-Quran & Hadith SAHIH - (Maulana Dr  Muhammad 'Asri)
▶︎

HIMPUNAN Kisah KARAMAH : Bersumberkan al-Quran & Hadith SAHIH - (Maulana Dr Muhammad 'Asri)

LIVE !!! 14062026  - Refleksi ambang hijrah 1448h - Ustaz Dr Mat Rofa Ismail
▶︎

LIVE !!! 14062026 - Refleksi ambang hijrah 1448h - Ustaz Dr Mat Rofa Ismail

Maulana Asri - Penerangan Bahaya Syiah
▶︎

Maulana Asri - Penerangan Bahaya Syiah

(🔴LIVE) 11-06-2026 SS Prof Dato' Dr MAZA: Pengajian Kitab Bulughul Maram
▶︎

(🔴LIVE) 11-06-2026 SS Prof Dato' Dr MAZA: Pengajian Kitab Bulughul Maram