Bab 2 (part III) Matematik Tingkatan 3 (kssm): 2.2 Bentuk Piawai: Pengiraan operasi asas aritmetik

Video ini menerangkan pengiraan operasi asas arimetik melibatkan nombor dalam bentuk piawai. Bentuk umum nombor dalam bentuk piawai ialah Ax10 kuasa n. Untuk tambah tolak , kuasa n untuk 10 mesti SAMA baru dapat gabungkan nombor A itu di depan. Kalau berlainan, tukarkan yang n kecil kepada n besar. Semasa tukar, nombor A itu akan dibahagi 10 untuk keluarkan x 10. Untuk darab bahagi, kita akan kumpulkan mengikut jenis nombor dengan depan ialah nombor biasa dan belakang ialah nombor dalam tatatanda indeks dengan asas 10. 00:00 - Pengiraan operasi asas aritmetik melibatkan nombor dalam bentuk piawai 00:04 - Tambah tolak nombor dalam bentuk piawai (Kuasa n sama) 01:21 - Tambah tolak nombor dalam bentuk piawai (Kuasa n berlainan) 10:35 - Darab dan bahagi nombor dalam bentuk piawai 16:32 - Latihan tambahan: Darab dan bahagi nombor dalam bentuk piawai Saya berharap video ini dapat membantu semua untuk lebih memahami operasi tambah, tolak, darab dan bahagi nombor dalam bentuk piawai.