Tarian Sumazau | Sabah Cultural Dance
Tarian Sumazau merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang sering dipersembahkan pada Tadau Kaamatan atau pada perayaan selain Tadau Kaamatan yang bermaksud Hari Penuaian yang dirayakan di negeri Sabah pada setiap bulan Mei. Hujung bulan Mei dipilih berdasarkan kepada secara tradisinya pada masa dahulu, penanaman padi hanya berlaku sekali setahun. Apabila selesai menuai padi, selalunya sebelum penghujung bulan Mei. Tarian sumazau dalam bahasa Kadazan , dan sumayau dalam bahasa Dusun. Sumayau dalam bahasa dusun bermaksud menari, dapat dikaitkan dengan perkataan minsayau, bermaksud melompat-lompat. Jumlah penari tidak ditetapkan, tetapi mestilah berpasangan, lebih ramai lebih meriah. Tarian sumazau/sumayau berbeza-beza mengikut etnik. Paluan gong juga berbeza mengikut etnik. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan untuk mengucapa mengikut daerah dan desa. Tarian ini ditarikan dengan kedua-dua tangan diangkat ke paras bahu dan dikibar-kibarkan umpama kipasan sayap burung, mengikut alunan rentak yang dimainkan dengan perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadap hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu, bergantung dari mana sukun kaum kadazandusun ini berasal . Ketika menari tangan didepakan keluar, seolah-olah sedang terbang tetapi dihinjutkan pergelangan tangan. Situasi ini juga boleh berbeza-beza mengikut daerah.Kadang kala ketika menari penari boleh setakat menghayun-hayun atau melimbai-limbai tangan. Pada masa sekarang tarian sumazau/sumayau ditarikan pada setiap majlis dan keramaian menyambut hard keramaian , namun tujuan asal tarian ini ialah untuk menyambut kedatangan "Bambaazon" (semangat padi) yang biasa dilakukan pada selepas menuai padi. Penari-penari Sumazau yang terdiri daripada kaum lelaki dan perempuan biasanya memakai pakaian serba hitam yang dihiasi dengan corak-corak menarik menggunakan benang berwarna emas. Penari perempuan dihiasi dengan selendang serta talipinggang (hinogot) yang diperbuat daripada duit syiling perak (trade dollars) dan set tangkong yang diperbuat daripada tembaga . Penari lelaki biasanya akan memakai tanjak di samping pakaian serba hitam serta menyangkutkan dipinggang daun silad kering sebagai pengganti padi. Kini tarian Sumazau diadakan dalam banyak majlis keramaian seperti majlis-majlis perkahwinan, majlis-majlis keraian menyambut ketibaan orang-orang kenamaan, di mana ia turut juga ditarikan oleh semua yang hadir dengan tidak mengira suku kaum dan peringkat umur bagi memeriahkan majlis tersebut tanpa memakai pakaian tradisional hitam. Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Sumazau

Wings of Tradition: The Sumazau Dance of Sabah

Tarian Sabah Sumazau IB

Traditional Dance Sazau From Kebudayaan Tambunan - KDCA Penampang 2022

Tarian sumazau Tinggi tinggi gunung kinabalu #kinabalu

Tarian Sambut Tamu daripada Wanita2 Hebat SIB Pekan KM,28.07.2024🤩😘😘

Mr.Bean Making Celebrities Cry With Laughter NONSTOP!

Tarian Dusun Tindal | Sabah Cultural Dance

Murut Style Sumazau from Sapulut Longhouse

TARIAN SUMAZAU - LEMBAYU LEGACY | KHAS UNTUK KAAMATAN 🌾

Sumazau Dance at ITCC 2026

Inang Bakawali - Citra Ugik

Tarian Limbai 2022 (Tarian Etnik Sabah}

SUMAZAU PUSING (Oh Kaamatan) - TRUE ECHO - Acapella (Official Music Video)

Murut Dance (Anggalang Magunatip) Welcoming Troupe Imago Shopping Mall 01.12.2023

KOMBINASI TARIAN SABAH Mix Tinggi Tinggi Gunung Kinabalu #tariansabah

Sabah Traditional Dance/ Sazau Papar

Hebat Tarian Orang Borneo.

sayang kinabalu

Persembahan Tarian Sumazau Wanita2 Hebat SIB Pekan KM Sempena Ibadah Kaamatan SIB Pekan 28.05.2023😇🥰

