UDANG MASAK LEMAK CILI API | TIPS KUAH YANG SEDAP TERANGKAT😉
Udang Masak Lemak Cili Api, banyak resepi Dayang dah Cuba, tapi resepi ni memang memukau, kena dengan selera keluarga. Dalam banyak-banyak resepi, yang ini paling sedap, padu dan rasa keasliannya.. Manis dari air udang(Dayang guna udang laut, segar beli kat nelayan dijeti), pedas dari cili api, segar dan wangi dari kunyit hidup dan serai, lemak berkrim cukup rasa dari santan,rangup dari sayur kacang buncis, masam dari asam gelugor.. Pendek kata memang "SEMPURNA" kat tekak kami.. Tak menggunakan bawang langsung, cuma be berapa bahan saja, tak guna kan gula sebab nanti "derhaka" resepi masak lomak yang original dari Negeri Sembilan ni..Cubalah sendiri dirumah untuk rasa keenakan Udang Masak Lemak Cili Api ni, pastu nanti boleh lah komen atau SHARE video ni kat media sosial ye, terima kasih😊 Bahan Bahan 500g Udang sederhana besar(udang besar pun boleh, udang galah lagii boleh) 14batang kacang buncis(Dayang potong sama rata macam kayu balak, nak potong serong pun boleh) 200ml santan pekat 100ml santan cair(santan pekat tambah secawan air) 2 batang serai dititik/diketuk 4 sudu kecil garam halus 1 keping asam gelugor@asam keping Bahan kisar 15biji cili api/cili padi 4 ketul kunyit hidup Tips 1) Sentiasa kacau kuah, Jangan tinggal! 2)Guna api kecil bila dah masuk santan pekat, kacau gaul sebati supaya santan tak pecah dan naik kepala, kuah nanti cantik menawan baru lah selera nak makan😊 3)Jangan masukkan gula, nanti tak podeh, oghang nogori marah ekau nanti kalau masuk gulo eh, tak original jangg! Akhir kata, selamat mencuba.. 👌 Music: https://www.bensound.com

Udang Goreng Butter | Bersarang Telur Halus

SAMBAL TUMIS UDANG PETAI SEDAP | TIPS Sambal Tahan Lama

RESEPI KETAM MASAK LEMAK CILI API & NANAS | TIPS Pilih Ketam Segar, Banyak Isi & Ada Telur

Udang Masak Lemak Cili Api | TIPS UDANG TAK "OVERCOOKED"

Garilc Prawn Senang Buat Tak Payah Makan Dekat Kedai

God Says:"THIS IS MY WORD FOR YOU — DON’T MISS IT TODAY"/God Message Now/God Message

Resepi Udang Masak Kam Heong Mudah tapi Tersangat Sedap

Cara Bersih Siput Sedut & buat Masak Lemak Cili Api

Ayam Masak Lemak Cili Api

UDANG MASAK DIRAJA mesti Cuba ‼️

HOLY ROSARY TODAY THURSDAY, JUNE 11, 2026 ST. JUDE THADDEUS & LUMINOUS MYSTERIES | DAILY HOLY ROSARY

MASAK LEMAK CILI PADI UDANG & NENAS PALING SEDAP

TIPS Masak Sambal Tumis Ikan Bilis Nasi Lemak PALING SEDAP,TAHAN LAMA & TERBAIK

Sambal Tumis Udang, Pedas pekat terangkat!

PELBAGAI RESEPI MASAKAN UDANG ‼️IDEA MASAKAN BULAN PUASA

God Says:"STOP HERE — LISTEN AND HEAR ME SPEAK"/God Message Now/God Message

Udang Masak Diraja Kak Yan.

Udang Kam Heong, uii sedap menjilat jari.

Resepi Sambal Ikan Kembung Sedap Dan Simple Tapi Sangat Mengancam Selera!!

