BORNEO ARTS FESTIVAL 2022 : TARIAN RAJA BERANGKAT KREATIF (SMK TAWAU) - BRONZE

Sinopsis Adat budaya taka junjung Warisan bezaman Jadi omolon Giad giad taka sigok Irau padau taka ramai kan Suku kaum Tidung di bahagian Pantai Timur Sabah adalah sinonim dengan sebuah pesta perahu yang dinamakan sebagai Ampalud de Padau. Dalam pesta ini, sekumpulan peserta akan berlumba dengan kumpulan-kumpulan yang lain dengan menggunakan perahu yang mana dalam bahasa Tidung, 'padau' bermaksud perahu. Maka, Ampalud de Padau bererti Lumba Perahu. Karya ini menggambarkan kemeriahan sambutan Ampalud de Padau dengan keindahan pelbagai warna. Persembahan ini menggunakan tarian Raja Berangkat daerah Tawau yang disusun geraknya dalam suatu bentuk gambaran karya kreatif yang diberi nama 'Padau'.