[FULL] Majalah 3 (2026) | Mon, Apr 6 - Rahsia Alam Moringa | Tonton

1. Rahsia Alam Moringa - 1:00 Remunggai atau dikenali sebagai moringa merupakan tumbuhan yang banyak digunakan di Asia Selatan dan Asia Tenggara, khususnya dalam amalan perubatan tradisional. Hampir keseluruhan bahagian pokok ini boleh dimanfaatkan, daripada daun, buah hingga ke akar. Dalam kalangan masyarakat tempatan, buahnya sering dipanggil “kacang” dan menjadi bahan masakan popular seperti kari, manakala daunnya pula dimakan sebagai ulam. Selain penggunaannya dalam masakan, moringa turut dikenali sebagai “superfood” kerana kandungan nutrisinya yang tinggi. 2. Abang Belon - 20:32 Belon sering dikaitkan dengan kegembiraan dan keceriaan, menjadikannya sinonim dengan pelbagai majlis keraian. Namun bagi Syed Syahrizal Syed Othman, belon bukan sekadar hiasan biasa, sebaliknya menjadi medium untuk beliau berkarya dan menzahirkan kreativiti. Dengan sentuhan idea dan kemahiran tersendiri, pelbagai jenis belon berwarna-warni mampu diolah menjadi bentuk yang unik dan memukau. Daripada dekorasi ringkas sehinggalah rekaan berskala besar, setiap hasil ciptaannya mencerminkan ketelitian serta imaginasi yang luar biasa. Majalah 3 membawakan keunikan kisah Malaysia dari aspek kemanusian, makanan, teknologi, sukan, alam sekitar dan jatuh bangunnya sebuah negara bernama Malaysia. #Majalah3 #Majalah32026 Tonton episod penuh di : http://www.tonton.com.my    / @tv3malaysia