#throwback2012 Takut Dalam Kehidupan_Radio Ikim_Prof Muhaya 2012
#throwback2012 Takut Dalam Kehidupan_Radio Ikim_Prof Muhaya 2012 . DATUK PROFESOR DR CHE MUHAYA BINTI HAJI MOHAMAD dilahirkan pada 1 Disember 1958 di Kampung Ladang, Terengganu. Bapa Prof Muhaya merupakan seorang tentera yang berasal dari Terengganu, manakala ibu Prof Muhaya berasal dari Singapura yang merupakan suri rumah tangga. Selepas menamatkan pendidikan sekolah rendah dengan cemerlang di Terengganu, Prof Muhaya melanjutkan pendidikan menengah di Sekolah Tun Fatimah (STF) Johor Bahru sehingga tingkatan enam. Prof Muhaya kemudiannya ditawarkan untuk melanjutkan pendidikan peringkat Sarjana Muda Perubatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1980 hingga 1985. Semasa di UKM, Prof Muhaya merupakan pelajar wanita pertama yang dipilih sebagai penerima Anugerah Toh Puan Rahah kerana kecemerlangan dari segi sahsiah dan akademik. Pada 1991, Prof Muhaya menamatkan pengajian peringkat Sarjana Surgeri Oftalmologi di UKM dan diiktiraf sebagai pakar mata. Selanjutnya daripada tahun 1994 hingga 1998, Prof Muhaya membuat fellowship dalam bidang Uveitis di Moorfields Eye Hospital, United Kingdom dan menjadi doktor wanita Malaysia yang pertama membuat pengkhususan dalam bidang tersebut. Setelah menamatkan pengajian Doktor Falsafah (Ph.D) pada 1999 dalam bidang Ocular Immunology dari Universiti of London. DATUK PROFESOR DR CHE MUHAYA BINTI HAJI MOHAMAD juga diiktiraf sebagai wanita Islam pertama yang dipilih sebagai ahli Fellow Royal College of Surgeons (FRCS) Edinburgh. Sekembalinya ke Malaysia, DATUK PROFESOR DR CHE MUHAYA BINTI HAJI MOHAMAD berkhidmat di Pusat Perubatan UKM (dahulu dikenal sebagai Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia) sehingga tahun 2008 dan pernah menjadi Ketua Jabatan Oftalmologi (1999 – 2003). Seterusnya DATUK PROFESOR DR CHE MUHAYA BINTI HAJI MOHAMAD dipinjamkan ke Pusat Perubatan Prince Court sehingga 2014. Setelah menjadi pakar Mata selama hampir 23 tahun, DATUK PROFESOR DR CHE MUHAYA BINTI HAJI MOHAMAD mengambil keputusan untuk melebarkan kerjaya beliau dengan menubuhkan Pusat Mata & Lasik Prof Muhaya (PMELC) di Kajang, Selangor. Dalam bidang kerjaya pula, kecemerlangan DATUK PROFESOR DR CHE MUHAYA BINTI HAJI MOHAMAD sepanjang kerjaya melayakkannya menerima pelbagai anugerah antaranya Anugerah Pensyarah Cemerlang UKM (1999), Anugerah Khas Perkhidmatan Cemerlang Asia Pacific Academy of Ophtalmology (APAO) (2005), dan Anugerah Keshmahinder Singh Oration (2012). Semasa berkhidmat sebagai Pakar Mata di Pusat Perubatan UKM, DATUK PROFESOR DR CHE MUHAYA BINTI HAJI MOHAMAD juga aktif berpersatuan hinggakan pernah menjadi Presiden untuk Persatuan Oftalmologi Malaysia (MSO), Persatuan Bekas Pelajar Sekolah Tun Fatimah (Srikandi) dan Kesatuan Wanita Islam Antarabangsa. Selain pakar mata, minat DATUK PROFESOR DR CHE MUHAYA BINTI HAJI MOHAMAD yang mendalam dalam bidang inspirasi telah membawanya ke dunia inspirasi dan dakwah. DATUK PROFESOR DR CHE MUHAYA BINTI HAJI MOHAMAD aktif memberikan inspirasi dan motivasi sejak 2007 sehingga kini kepada organisasi kerajaan dan swasta antaranya di Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Kewangan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Institut Tadbiran Awam Negara, Petronas, Sirim Berhad, hospital, institusi pengajian tinggi dan lain-lain. Kegigihan DATUK PROFESOR DR CHE MUHAYA BINTI HAJI MOHAMAD dalam bidang dakwah diiktiraf dan dianugerahkan sebagai Tokoh Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan & Negeri Selangor (2015), Tokoh Ilmuwan Selangor (2010), Felo Dakwah YADIM (2013), Anugerah Dakwah Wanita Negara (2015) dan yang terkini DATUK PROFESOR DR CHE MUHAYA BINTI HAJI MOHAMAD telah di perkenankan untuk menerima Pingat Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk pada Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agung pada Jun 2016. DATUK PROFESOR DR CHE MUHAYA BINTI HAJI MOHAMAD juga telah dilantik sebagai Ahli Majlis Perundingan Islam (MPI) bagi kluster Sosial. DATUK PROFESOR DR CHE MUHAYA BINTI HAJI MOHAMAD juga telah diberi kehormatan dan dilantik menjadi Adjung Professor Cyberjaya University College Of Medical Science (CUCMS) pada tahun 2016. Selain itu, dalam bidang penulisan pula, DATUK PROFESOR DR CHE MUHAYA BINTI HAJI MOHAMAD merupakan kolumnis tetap Mingguan Malaysia, Berita harian dan telah menulis 12 buku antaranya yang terlaris ialah How To Become a Good & Successful Medical Student, Celik Mata dan Jiwa, Mata Akal Mata Hati, Tempat Kerja Saya Ladang Pahala. Saya dan Biografi Inspirasi: Sejernih Sinar Matamu. Official Youtube Channel of Prof Muhaya Instagram: / profmuhaya Facebook: / profdrmuhaya

Prof Dr Muhaya Mohamad - Menjaga Kebersihan HATI

#throwback2012 Reset Minda_Orang Yang Diuji_Radio Ikim - Prof Muhaya

Prof. Dr. Muhaya - Transformasi Diri Mengurus Masa

Me-Time and Husband-Wife Time | Prof. Muhaya + Dr. Azmi

#throwback Orang Yang Berfikir (Celik Mata.Reset MInda) - PROF MUHAYA 2012

SIAPA KATA HAFIZ QURAN TAK ADA MASA DEPAN? LUPA KE SIAPA CIPTA AL-QURAN | Dato' Ustaz Kazim Elias

Prof. Dr. Muhaya - Mengatasi Masalah Dalam Kehidupan
![[S01:E13] Pelabur asing nak tinggalkan Indonesia - Dr. Aimi, Economist](https://i.ytimg.com/vi/PQv95PZx6OI/hqdefault_custom_2.jpg?sqp=CLSt7tEG-oaymwEjCNACELwBSFryq4qpAxUIARUAAAAAGAElAADIQj0AgKJDeAE=&rs=AOn4CLBBnVonPMxj1iGphsXR5AiUHH_H1g)
[S01:E13] Pelabur asing nak tinggalkan Indonesia - Dr. Aimi, Economist

Cristi Boariu - Do you know WHO INFLUENCES YOU? - sermons for the soul

TNE4 | 090215 | "Bumi Pendam Rahsia & Tafsir Surah Al Haqqah" - Ustaz Shamsuri Ahmad

Prof. Dr. Muhaya - Orang Merenung Diri
![[LIVE] Lapangkan Hatiku, Mudahkan Urusanku - 7 AM CLASS #722 (9 MAC 2022)](https://i.ytimg.com/vi/zA-EYBQXHOo/hqdefault.jpg?sqp=-oaymwE9CNACELwBSFryq4qpAy8IARUAAAAAGAElAADIQj0AgKJDeAHwAQH4Af4JgALQBYoCDAgAEAEYZSBVKEowDw==&rs=AOn4CLAs-vf-iiZFetP30Wbbi0W1-NfZYA)
[LIVE] Lapangkan Hatiku, Mudahkan Urusanku - 7 AM CLASS #722 (9 MAC 2022)

Prof. Dr. Muhaya - Reset Minda Orang Tenang

Ketenangan Dalam Kehidupan _ Prof Datuk Dr Muhaya Mohamad

Hidra Tanpa Jantung - Farish A. Noor | Sejarah Yang Tak Diajar Ep.4

Dr Rania Awaad, Sh Aleya & Sh Amani - Breaking the Overthinking Cycle

Prof. Dr. Muhaya - Celik Mata Reset Minda Pekerja
![[LIVE] TAJUK: Macam Mana Nak Hidup Luar Biasa? | 7 Am Transformation 2023 #58 | 2 Mac 2023](https://i.ytimg.com/vi/pW_gEhXmnlY/hqdefault.jpg?sqp=-oaymwE9CNACELwBSFryq4qpAy8IARUAAAAAGAElAADIQj0AgKJDeAHwAQH4Af4JgALQBYoCDAgAEAEYciBDKEQwDw==&rs=AOn4CLAUPcSmwbkL1xO8gnxIGb-lQ8L8Xg)
[LIVE] TAJUK: Macam Mana Nak Hidup Luar Biasa? | 7 Am Transformation 2023 #58 | 2 Mac 2023

Prof. Dr. Muhaya - Celik Mata Reset Minda Orang Yang Sihat

