Tajwid: Hukum Mad - Ustaz Nasruddin Noori

MASJID AS-SOBIRIN, Lembah Keramat: https://fb.com/masjidassobirin |   / masjidassobirin   --- TAJWID: HUKUM MAD - USTAZ NASRUDDIN MOHAMED NOORI Kuliah Maghrib (Ahad), 16 Safar 1439 (b. 5 Nov 2017M) di Masjid As-Sobirin, Lembah Keramat Kitab: Kaedah Tajwid - Rasm Usthmani dalam Al-Quran Tonton video sebelum ini:    • Tajwid: Hukum Idgham - Ustaz Nasruddin Noori      • Tajwid: Hukum Idgham - Ustaz Nasruddin Noori      • Tajwid: Hukum Idgham - Ustaz Nasruddin Noori   Belajar Tajwid Mudah ( hukum-hukum mad )    • Belajar Tajwid Mudah ( hukum-hukum mad )   UstazDon - Hukum Tajwid - Mad Silah    • Video   Apakah 5 Hukum Mad Yang WAJIB Diketahui? Bacaan Hukum Mad atau dalam Bahasa Melayu dipanggil sebagai bacaan panjang pendek adalah kesilapan yang paling banyak dilakukan oleh pembaca Alquran. Kesilapan itu adalah: Bacaan yang panjang dibaca dengan pendek. Bacaan yang pendek dibaca dengan bacaan panjang. Mengapa terjadi begini? Sebab kita sudah terbiasa dengan menghafal nama-nama hukum tajwid. Sayangnya, kita sekadar hafal nama hukum, tapi tak faham! Buktinya? Kita tahu nama-nama hukum tapi apabila membaca tetap membaca dengan bacaan panjang dan pendek yang kurang tepat. Sebelum saya ceritakan lebih lanjut tentang bacaan Mad (panjang), mari kita lihat dulu pengertiannya. Apa itu Mad? Pengertian Mad Pengertian Mad daripada segi bahasa ialah: *Memanjangkan atau menambahkan Mad pula daripada pengertian istilah ilmu tajwid: *Memanjangkan suara pada huruf-huruf mad pada kadar 2 hingga 6 harkat. Apabila kita merujuk kepada buku-buku tajwid, kita akan jumpa ada pelbagai nama-nama hukum mad. Saya senaraikan nama-nama hukum mad. Ada 19 nama-nama hukum Mad, iaitu; Mad Asli Mad Asli Harfi Mad Iwad Mad Badal Mad Silah Qosirah Mad Silah Tawilah Mad Lin Mad Wajib Muttasil Mad Jaiz Munfasil Mad Aridh Lissukun Mad Lazim Kalimi Musaqol Mad Lazim Kalimi Mukhafaf Mad Lazim Harfi Musaqol Mad Lazim Harfi Mukhafof Mad Tabri’ah Mad Tamkin Mad Ta’zim Mad Syahibul Badal Mad Faraq Namun, dalam artikel kali ini saya tidak akan menerangkan kesemua 19 nama-nama hukum Mad. Saya akan menerangkan 5 nama-nama hukum Mad yang mudah untuk ditemui dalam Alquran. Supaya, selepas sahaja kita habis baca artikel ini boleh terus buka Alquran dan praktikal mencari nama-nama hukum ini. 1.Mad Asli Mad Asli turut dikenali dengan panggilan Mad Tobi’i. Ini adalah hukum mad yang paling senang ditemui dalam Alquran. Hukum ini melibatkan 3 huruf Mad iaitu Huruf Alif, Wau, dan Ya. Untuk Hukum Mad Asli, ada 3 keadaannya: 1. ( ا ) Alif mati sebelumnya berbaris atas 2. ( يْ ) Ya mati sebelumnya berbaris bawah 3. ( وْ ) Wau mati sebelumnya berbaris hadapan Kadar bacaan Mad Asli adalah 2 Harkat. Apa jadi jika baca lebih daripada 2 harkat? Jadi salah dan kurang tepat! Kesilapan yang biasa dibuat adalah membaca dengan bacaan lebih daripada 2 harkat. 2. Mad Silah Qosirah Hukum Mad Silah Qosirah ini berlaku kepada Ha’ Dhomir atau Ha’ Simpul (ه). Panjang bacaan bagi hukum Mad ini adalah 2 Harkat sahaja. 3. Mad Silah Towilah Hukum Mad Silah Towilah ini turut berlaku kepada Ha’ Dhomir atau Ha’ simpul (ه). Hukum mad ini hampir menyamai Mad Silah Qosirah, cuma yang membezakan untuk mad ini adalah; Ha’ Simpul bertemu dengan hamzah Dibaca panjang 4 atau 5 Harkat Hukum Mad Silah Qosirah adalah yang diwarnakan dengan bulatan merah. Kita perhatikan Ha’ Simpul tidak berjumpa dengan hamzah bagi hukum ini. Hukum Mad Silah Towilah adalah yang dikotakkan dengan kotak berwarna biru. Bagi hukum ini pula, kita dapat lihat Ha’ Simpul berjumpa dengan huruf Hamzah selepasnya. 4. Mad Iwadh Hukum mad ini berlaku ketika kita ingin mewakafkan bacaan sahaja. Ini tidak berlaku ketika kita membaca dipertengahan ayat. Ada 2 ciri utama bagi Hukum Mad Iwadh: Hanya berlaku ketika mewakafkan (matikan) bacaan Hanya berlaku kepada tanwin yang berbaris dengan baris atas Cara membacanya adalah; Menukarkan bacaan tanwin kepada bunyi berbaris atas biasa sahaja. Kadar bacaannya adalah 2 harkat. 5. Mad Wajib Muttasil Mad Wajib Muttasil terjadi apabila huruf Mad (Alif, Wau, dan Ya) bertemu dengan huruf hamzah dalam kalimah yang sama. Hukum ini dapat dikenali melalui tanda ( ~ ). Sewaktu saya belajar ilmu tajwid dengan guru-guru saya, tanda ini ( ~ ) dikenali dengan pelbagai nama seperti tanda pedang, tanda melintang, tanda misai, tanda cacing. Ini bagi membantu ingatan dan supaya mudah mengecam tanda ini di dalam Alquran. Namun, dalam ilmu tajwid, tanda ini sebenarnya dipanggil sebagai Tanda Mad ( ~ ). Seperti yang saya terangkan, Mad Wajib Muttasil adalah Tanda Mad (~) bertemu dengan huruf-huruf Mad (Alif, Wau, dan Ya). Berapa pula kadar bacaan panjangnya? Kadar bacaan panjangnya adalah dibaca 4 atau 5 harkat. http://www.celikalquran.com/hukum-mad/

KOMEN USTAZ BADLISHAH ALAUDDIN TENTANG 'DRAMA BIDAAH' YANG SANGAT POPULAR DI INDONESIA
▶︎

KOMEN USTAZ BADLISHAH ALAUDDIN TENTANG 'DRAMA BIDAAH' YANG SANGAT POPULAR DI INDONESIA

Firasat Ulama Semakin Benar, Kebangkitan Selepas 100 Tahun - Ustaz Muhammad Al Amin
▶︎

Firasat Ulama Semakin Benar, Kebangkitan Selepas 100 Tahun - Ustaz Muhammad Al Amin

BELAJAR ILMU TAJWID MAD LENGKAP DENGAN CONTOHNYA
▶︎

BELAJAR ILMU TAJWID MAD LENGKAP DENGAN CONTOHNYA

BOLEH PULAK KERAJAAN TURUNKAN  HARGA DIESEL TIME PILIHANRAYA?!! RAMAI TANYA GULA-GULA KE INI??
▶︎

BOLEH PULAK KERAJAAN TURUNKAN HARGA DIESEL TIME PILIHANRAYA?!! RAMAI TANYA GULA-GULA KE INI??

(Panduan Solat) Bacaan Surah Al-Fatihah oleh Ustaz Haji Radzi Kamarul Hailan
▶︎

(Panduan Solat) Bacaan Surah Al-Fatihah oleh Ustaz Haji Radzi Kamarul Hailan

♨️SANGAT MEMUASKAN👏⁉️JIKA JELAS MACAM NI KIRA-KIRA DR RORA MAU BANTAH APALAGI YA😂⁉️| REACTION
▶︎

♨️SANGAT MEMUASKAN👏⁉️JIKA JELAS MACAM NI KIRA-KIRA DR RORA MAU BANTAH APALAGI YA😂⁉️| REACTION

ADAB DALAM MAJELIS ILMU YANG KENA DI JAGA [ DR ROZAIMI RAMLE ]
▶︎

ADAB DALAM MAJELIS ILMU YANG KENA DI JAGA [ DR ROZAIMI RAMLE ]

ساعة من السكينة مع القرآن❤️😌 | تلاوة هادئة للنوم والاسترخاء🕊️🎧 | Deep Tranquility
▶︎

ساعة من السكينة مع القرآن❤️😌 | تلاوة هادئة للنوم والاسترخاء🕊️🎧 | Deep Tranquility

USTAZ AHMAD RIZAM - INI TANDA ALLAH MULA NAK PANGGIL BALIK
▶︎

USTAZ AHMAD RIZAM - INI TANDA ALLAH MULA NAK PANGGIL BALIK

Jenis jenis Hamzah. Wasal. Qatie. Asli -2018/4
▶︎

Jenis jenis Hamzah. Wasal. Qatie. Asli -2018/4

8 RAHSIA Inner Talk (Bahasa Dalaman) untuk Membaiki Diri.
▶︎

8 RAHSIA Inner Talk (Bahasa Dalaman) untuk Membaiki Diri.

CARA CEPAT MEMAHAMI MAD FULL LENGKAP
▶︎

CARA CEPAT MEMAHAMI MAD FULL LENGKAP

Quran recitation in a peaceful voice I Alfatiha, Yasin, AlWaqiah, Arrahman, -By Alaa Aqel
▶︎

Quran recitation in a peaceful voice I Alfatiha, Yasin, AlWaqiah, Arrahman, -By Alaa Aqel

DATO' USTAZ HJ SHAMSURI HJ AHMAD ~ JANGAN JADI TERLALU EKTREAM DALAM BERIBADAT
▶︎

DATO' USTAZ HJ SHAMSURI HJ AHMAD ~ JANGAN JADI TERLALU EKTREAM DALAM BERIBADAT

BUDAK ZAMAN SEKARANG MEMANG BEZA DENGAN DULU | MENDIDIK GENERASI RABBANI | USTAZ BADLISHAH
▶︎

BUDAK ZAMAN SEKARANG MEMANG BEZA DENGAN DULU | MENDIDIK GENERASI RABBANI | USTAZ BADLISHAH

Cara Membaca Al-Fatihah, Tahiyat dan Salam dengan Betul part 2 - Ustaz Irwan
▶︎

Cara Membaca Al-Fatihah, Tahiyat dan Salam dengan Betul part 2 - Ustaz Irwan

Asal Usul Perang Dunia l - Kebangkitan Negara Banggsa l Ustaz Ibnu Rijal
▶︎

Asal Usul Perang Dunia l - Kebangkitan Negara Banggsa l Ustaz Ibnu Rijal

Pembahasan Mad Far'i | Teori Tajwid dan Contoh
▶︎

Pembahasan Mad Far'i | Teori Tajwid dan Contoh

DATO' USTAZ HJ SHAMSURI HJ AHMAD ~ SILENT IS GOLD
▶︎

DATO' USTAZ HJ SHAMSURI HJ AHMAD ~ SILENT IS GOLD

Kenapa Perfume, High Heel & Payung Dicipta? Jawapannya Jijik Tapi Benar - Ustaz Muhammad Al Amin
▶︎

Kenapa Perfume, High Heel & Payung Dicipta? Jawapannya Jijik Tapi Benar - Ustaz Muhammad Al Amin