Tarian Wei Doi - JKKN KEDAH (INSPITARI 2011)

Tarian ini merupakan tarian istana yang dikatakan semasa zaman pemerintahan Raja Bersiong atau dikenali sebagai Ong Maha Prata. Dipercayai bahawa tarian ini ditarikan dalam majlis -- majlis rasmi di Istana Raja Bersiong yang terletak di Bukit Wang, Daerah Kubang Pasu. Semasa tahun 60' an, tarian ini pernah dipertontonkan dalam filem ' Raja Bersiong ' yang telah diterbitkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Gerak tari, kostium dan muzik tarian ini dahulunya mempunyai pantang larang dan peraturan tertentu tetapi telah diubah dan diolah mengikut peredaran zaman. Ditarikan oleh penari wanita manakala penari lelaki bertindak sebagai pemain gendang. Kumpulan Kesenian Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (KKJKKN) di peringkat Negeri Kedah mula ditubuhkan pada Januari 2007. Sebelum ini, kebanyakkan artis budaya KKJKKN Negeri Kedah merupakan ahli kepada Badan Kesenian Taman Budaya. Seramai 19 orang Artis Budaya telah terlibat dalam aktiviti KKJKKN negeri Kedah. Antara aktiviti kumpulan ini yang telah direalisasikan ialah Pementasan Teater Tradisional, Majlis Jamuan Teh Hari Keputeraan DYMM, Temasya Sukan Sungai, Promosi Citarasa Malaysia Peringkat negeri Kedah dan lain-lain.