Melaka Bandaraya Bersejarah 2022 | Malacca (4k Video)
Bandaraya Melaka, bandaraya bersejarah merupakan ibu negeri Melaka, Malaysia. Bandaraya ini merupakan bandar ke-8 diwujudkan di selatan Malaysia. Bandaraya ini diisytiharkan sebagai UNESCO Tapak Warisan Dunia selain daripada George Town pada 7 Julai 2008. Bandar sejarah di Malaysia ini hanya terletak kira-kira 2 jam dari Kuala Lumpur sahaja. Bandaraya Melaka terletak berhampiran muara Sungai Melaka yang mengalir ke Selat Melaka. Kawasan bandar bersejarah yang terletak berhampiran dengan pantai, termasuk Bukit St Paul dengan runtuhan kubu Portugis, A Famosa. Bandar Melaka telah berkembang dalam semua arah dari teras bersejarah ini, termasuk ke selatan (kerana pantai Selat Melaka sekarang agak lagi ke selatan daripada lokasi asal disebabkan penambakan tanah). Bandaraya Bersejarah Melaka juga berkembar dengan lima buah bandar terkemuka yang lain iaitu - Lisbon, Portugal (16 Januari 1984), Kuala Lumpur, Malaysia (15 April 1989), Hoorn, Belanda (8 November 1989), Valparaiso, Republik Chile (24 June 1991) dan Nanjing, China (2001). Sejarah kesultanan Melaka bermula dengan kedatangan Parameswara, seorang raja Srivijaya dari Palembang, yang memerintah pada tahun 1400 hingga 1424. Nama Melaka diambil sempena nama pohon tempat Parameswara berteduh. Pada ketika itu, satu perkara aneh berlaku di mana seekor kancil putih telah menendang anjing-anjing raja. Melihatkan kejadian itu Parameswara merasa kagum dan memerintahkan agar kawasan tersebut dibuka dan dinamakan sebagai Negeri Melaka. Kesultanan ini memerintah Melaka selama 110 tahun sehingga ditewas oleh pihak Portugis pada tahun 1511. Empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, wilayah Kesultanan Melaka terdiri daripada Tanah Melayu, (kini, Semenanjung Malaysia), Singapura, dan Pantai Timur Sumatera (kini, Indonesia) Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan (pulau Jawa). Semasa zaman kegemilangan Kesultanan Melaka, lahirlah nama-nama besar seperti Tun Perak, Hang Tuah lima bersaudara yang merupakan pahlawan besar ketika itu. Pemerintahan penjajah Melaka dikuasai oleh pihak Portugis di bawah pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 24 Ogos 1511. Ia menjadi suatu pangkalan strategik bagi pengembangan pihak Portugis di Hindia Timur dan diperintah oleh mereka selama 130 tahun. Pada tahun 1641, pihak Belanda menguasai Melaka dengan menewasan pihak Portugis melalui bantuan Sultan Johor. Walau bagaimanapun, pihak Belanda tidak berminat menjadikan Melaka sebagai sebuah pusat perdagangan di antara Timur dan Barat tetapi lebih mementingkan pembangunan Batavia (Jakarta) di Indonesia sebagai pusat pentadbiran mereka. Mereka menyerahkan Melaka kepada pihak British mengikut Perikatan British-Belanda pada tahun 1824. Dari 1826 hingga 1867, Melaka diperintah oleh V.O.C. (British East India Company), dan kemudiannya menjadi sebuah tanah jajahan British. Kemudian, pada tahun 1946, ia menjadi salah satu Negeri Selat (Straits Settlement), bersama-sama dengan Singapura dan Pulau Pinang. Selepas pembubaran tanah jajahan, Melaka dan Pulau Pinang telah menjadi sebahagian daripada Malayan Union yang kemudiannya menjadi Malaysia pada tahun 1963. Melaka diisytiharkan sebagai "Bandaraya Bersejarah" pada 15 April 1989 oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir bin Mohammad Pulau Sebang yang terletak 30 kilometer ke utara Bandaraya Melaka dan 10 kilometer dari Bandar Alor Gajah merupakan stesen keretapi yang terdekat bagi Bandaraya Melaka. Dahulunya, stesen keretapi ini dikenali sebagai Tampin oleh sebab kedudukan dari segi geografinya berada di wilayah Negeri Melaka dalam daerah Alor Gajah dan atas arahan Kerajaan Negeri Melaka serta saranan rakyat Melaka, maka nama stesen ini dikenali sebagai Stesen KTM Pulau Sebang. Sebuah lagi stesen keretapi dalam daerah Alor Gajah ialah Stesen Tebong akan tetapi tren antara bandar tidak berhenti di stesen ini. Walau bagaimanapun stesen ini turut dinaik taraf berikutan pembinaan landasan berkembar antara Seremban ke Gemas yang turut melalui stesen ini. Bagi penduduk di daerah Jasin terutamanya di kawasan Selandar, Asahan (dahulunya Bukit Asahan), Simpang Bekoh, Nyalas boleh menggunakan perkhidmatan keretapi di stesen keretapi Batang Melaka yang terletak 22 kilometer ke utara Bandar Jasin. Stesen ini bersempadankan Melaka dan Negeri Sembilan. Jalan keluar Ayer Keroh di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) merupakan jalan masuk utama ke Melaka. Terdapatnya juga dua jalan keluar tambahan di Lebuhraya Utara-Selatan, iaitu di jalan keluar Alor Gajah dan Jasin. #malaysia #fawwazmedia

Melaka Bandaraya Bersejarah (CC BY 3.0 Free Drone Footage)

The Most Surreal Places in China You Must See to Believe | 4K Travel Video

Bandaraya Melaka | Seharian di Melaka Bandar Bersejarah

Calming Jazz In Forest Living Space Ambience | Elegant Jazz Music & Nature Therapy For Deep Relaxing

🔴 Makkah Live | مكة مباشر | الحرم المكي مباشر | قناة القران الكريم السعودية مباشر | مكه المكرمه

ECRL Selangor: Gombak (Mei 2026)

Relaxing Rain Sounds and Soft Piano Music for Deep Sleep, Stress Relief, and Peaceful Nights

Tahun Melawat Melaka 2024 - Meriahnya Bandar Hilir

Wangkang 2024 He An Hao Yong Chuan Tian Temple Procession 勇全殿, 马六甲, 马来西亚

MELAKA - Kota bersejarah yang paling Awesome!!!

Menara Taming Sari Malacca

Walk Tour Melaka Riverside | From Tun Fatimah Riverside Hotel to Bandar Hilir Melaka

🔴 Makkah Live | مكة مباشر | الحرم المكي مباشر | قناة القران الكريم السعودية مباشر | مكه المكرمه

ECRL Selangor: Lebuhraya LATAR - Puncak Alam - WCE - Stesen Kapar (Mei 2026)

70 TEMPAT MENARIK POPULAR VIRAL DI MELAKA

Visit Melaka 2024//3D3N Full Story at Melaka Historical City//UNESCO World Heritage City

Melaka - Tourism City in Malaysia

Melaka River Cruise: A Captivating Cruise through Historic Melaka | Melaka, Malaysia | 4K

Seram dan indah #melaka #bandarayabersejarah #livetiktokanakno2melaka #melakapeople

