Azmani Bukan Tiru Saleem. Siapa Saja Penyanyi Utama, Boleh Bawa Lagu Iklim! • Iklim 2020 Depan Depan

Iklim 2020 Depan Depan Hujung tahun 2020, F8Buzz berkesempatan untuk berbicara bersama salah satu lagenda muzik tanah air, kumpulan Iklim. Iklim yang sudah 17 tahun tidak muncul dengan single baru, akhirnya kembali dengan lagu baru Mawar Kasturi. Namun bukan lagu sahaja yang baru, penyanyi utamanya juga baru. Iklim kini dikuasakan oleh Azmani. F8Buzz bertanyakan mengenai lagu baru mereka dan pastinya juga mengenai penyanyi baru mereka. Apa pula sebabnya mereka tiba-tiba membuat kemunculan kembali dan bagaimana pula sambutan orang ramai. Seperti biasa juga, bila berdepan, soalan-soalan yang panas juga ditanya. Adakah pemilihan Azmani yang bersuara sangat serupa dengan Saleem disengajakan? Adakah Iklim juga akan terus menyanyikan lagu-lagu lama mereka? Iklim 2020 turut menceritakan perbezaan cabaran 20 tahun dahulu dan kini dalam dunia hiburan. Nak lagu diputarkan di radio pun kena bayar? Eh, lupa, mereka juga mahu dikenali dengan nama Iklim 2020 sekarang. Kunci pintu studio, soal terus sampai dapat jawapan. Dari soalan biasa sampai yang panas. Kita tanya, depan-depan! #iklim #iklim2020 #mawarkasturi 𝗕𝗮𝗰𝗮 𝗮𝗿𝘁𝗶𝗸𝗲𝗹 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗿𝗶𝗸 - https:www.f8buzz.com • 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 & 𝗮𝗿𝘁𝗶𝗸𝗲𝗹 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗿𝗶𝗸 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗸𝗲 𝗧𝗲𝗹𝗲𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗮𝗻𝗱𝗮 - https://t.me/f8buzz • 𝗦𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴, 𝗴𝗼𝘀𝘀𝗶𝗽, 𝘃𝗶𝗱𝗲𝗼 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸 𝘁𝗮𝗯𝗶𝗿 & 𝗺𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗺 𝗱𝗶 𝗧𝗲𝗹𝗲𝗴𝗿𝗮𝗺 - https://t.me/f8buzzsembang • 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗿𝗶𝗸 𝗙𝟴𝗕𝘂𝘇𝘇 - https://www.youtube.com/channel/F8Buzz • 𝗜𝗻𝘀𝘁𝗮𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗙𝟴𝗕𝘂𝘇𝘇 -   / f8buzz   • 𝗙𝗮𝗰𝗲𝗯𝗼𝗼𝗸 𝗙𝟴𝗕𝘂𝘇𝘇 -   / f8buzz