Universiti Islam Selangor (UIS) / KUIS / KISDAR, Bandar Seri Putra - November 2024
Universiti Islam Selangor (UIS) merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik penuh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996. Penubuhannya secara rasmi pada 15 Februari 1995 membuktikan komitmen kerajaan negeri Selangor dalam membangunkan agenda pendidikan dan kecemerlangan ilmu. Sebagai sebuah legasi pendidikan DYMM Sultan Selangor yang sentiasa dipelihara dan disantuni menjadi pemangkin tradisi ilmu dan penyatuan umat Islam di negeri Selangor, UIS berusaha melahirkan Dai, Ulama dan Umarak. Berpaksikan moto “Peneraju Tradisi Ilmu”, serta keindahan kampus yang bercirikan senibina sejarah kegemilangan Islam Andalusia, UIS telah bergerak bersandarkan visi dan misi mendepani segala cabaran serta perubahan secara agresif dan proaktif bagi mencapai sebuah institusi pendidikan yang menyediakan program pengajian akademik yang berteraskan tauhid dan sesuai dengan keperluan zaman kini serta keperluan fizikal yang seiring dengan “niche” Islam yang menepati halatuju pendidikan Islam dan Dasar Pendidikan Negara yang berkualiti sebagai sebuah Universiti Islam yang unggul. Usaha ini didokong oleh saf para pensyarah serta warga kerja yang memiliki sifat mudarris, mu`allim, muaddib, murabbi, dan mursyid. UIS menawarkan program pengajian di peringkat Asasi, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah yang telah memenuhi perakuan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) merentasi pelbagai disiplin ilmu termasuk pengajian Islam, pengajian perniagaan, perbankan Islam, pendidikan, komunikasi, dan teknologi maklumat yang berdaya saing dan kompetitif. UIS tetap mengekalkan objektif awal penubuhannya untuk melahirkan lebih ramai tenaga profesional Islam yang mampu memimpin masyarakat serta membangunkan dan mengembangkan ilmu pengetahuan Islam. Selain itu, UIS juga berperanan menyediakan alternatif untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. UIS melebarkan jaringan dan rangkaian MoU dan MoA dalam pembangunan akademik, penyelidikkan dan inovasi sebagai sebuah institusi pendidikan tinggi Islam yang sentiasa relevan di peringkat nasional dan antarabangsa. UIS tekad memartabatkan Institusi Masjid al Azhar UIS sebagai nadi kepada ketinggian rohani, kecemerlangan ilmu, paksi pembangunan insan dan lambang kesatuan ummah melalui solat berjemaah yang membentuk ikatan persaudaraan dan kasih sayang. Dengan kemudahan fasiliti yang kondusif, UIS juga mengutamakan program pembangunan sahsiah yang holistik, prinsip persekitaran (bi’ah) yang solehah, pembangunan iklim Dini, ikutan yang baik (qudwah hasanah), kecemerlangan akademik dan program khidmat ummah, ke arah melahirkan warga UIS yang memiliki akhlak yang terpuji dan sentiasa berbakti kepada agama, bangsa dan pembentukan negara Baldatun Tayyibatul Wa Rabbul Ghaffor. Sejajar dengan itu, UIS dengan penuh rasa tanggungjawab menyediakan pendidikan Islam kepada masyarakat sebagai tuntutan fardhu kifayah dan meletakan ketinggian ilmu sebagai asas pembangunan insan dan kemajuan negara. Sepertimana Firman Allah dalam surah al Mujaadalah ayat 11 yang bermaksud: “Allah mengangkat kedudukan orang yang beriman daripada kamu dan orang-orang yang berilmu dengan beberapa darjat.” #malaysia #fawwazmedia

UIS Podcast Kubikel Sosial Ep 6 - DEGREE BOLEH DI BELI ? ( UNIVERSITI ISLAM SELANGOR )

Daftar 10 Universitas Terbaik di Negara Malaysia

ECRL Selangor: Pelabuhan Klang ke Gombak

تلاوة القرآن للدراسة والتركيز 📚🕛 | راحة وطمأنينة | Peaceful Focus Quran | محمد هشام

UKM BANGI CAMPUS TOUR

Negeri Sembilan: Taman Bukit Mantin - Simpang Plaza Tol Mantin - Pekan Mantin - Jalan Enam Kaki

Ucapan Rafizi Ramli - #WeFund BERSAMA : Fundraising Dinner & Launch of The Campaign

Visiting the Muslim Country Everybody is moving to Kuala Lumpur Malaysia 🇲🇾

Studying at UNISEL (Universiti Selangor) Part 1

Lagu Rasmi UIS Peneraju Tradisi Ilmu Versi 2/2025

SEKARANG INI PKR PASTI SUSAH HATI!? INI YANG AKAN BERLAKU KEPADA ANWAR IBRAHIM SELEPAS PRU!?

ECRL Selangor: Gombak (Mei 2026)

UIS Campus Tour

What Do Foreigners REALLY Think of Malaysia?

Top 10 Islamic Universities In The Muslim World

Pantauan suraian trafik sekitar kuala krai.

Realistic daily life in an ordinary Chinese village (No One Tells You This)

দুই বোন এক সাথে মালেশিয়াতে! - Study in Malaysia from Bangladesh - Story Telling Ep.5

Jenazah Sudah Di Liang Lahad! Tapi Masjid Tak Benarkan Selagi Tak Bayar RM 1,400?! Kegilaan Apakah?!

