Selasih Minda Episod 7 - Apakah hanya Ekonomi dan Teknologi kayu ukur pembangunan Negara Bangsa?
Pembinaan negara bangsa dari sudut identiti, nilai dan jati diri sering tenggelam di sebalik statistik pencapaian ekonomi serta kemajuan sains dan teknologi. Kemajuan sesebuah negara lazimnya diukur melalui pertumbuhan ekonomi, tahap perindustrian, penggunaan teknologi dan keupayaan inovasi. Teknologi sememangnya perlu dimanfaatkan sepenuhnya sebagai pemangkin pemodenan ekonomi serta mempercepat peralihan daripada ekonomi berasaskan sumber kepada ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi. Namun, pembangunan negara tidak seharusnya dilihat daripada sudut material dan ekonomi semata-mata. Ia turut melibatkan pembangunan sosial dan psikologi masyarakat, termasuk perubahan nilai, sikap, pemikiran, budaya serta hubungan antara kelompok dalam sesebuah negara. Justeru, pembangunan yang menyeluruh memerlukan sumbangan daripada pelbagai disiplin, termasuk sosiologi, psikologi, sejarah, pendidikan, falsafah, budaya dan sains politik. Apakah peranan disiplin-disiplin ini dalam membentuk identiti bersama, memperkukuh perpaduan dan membina sebuah negara bangsa yang kukuh serta berdaya tahan? Sebuah demokrasi yang hidup memerlukan rakyat yang berpengetahuan bukan sekadar pengikut yang pasif. Seperti Pohon selasih yang memberi pelbagai manfaat, Podcast Selasih Minda diwujudkan untuk menjana perbincangan yang bermanfaat tentang bagaimana kita boleh membina masa depan Malaysia yang lebih baik. Melalui perbincangan yang berilmiah dan terbuka, rakyat dapat menilai pilihan yang ada serta menentukan apa yang mereka inginkan untuk negara ini. Temui barisan pembicara Selasih Minda di YouTube dan sertai perbincangan tentang isu, idea dan masa depan masyarakat. #SelasihMindaPodcast Social Media Selasih Minda Instagram: @selasihminda Tiktok : @selasihminda

Selasih Minda Ep 6 - Pembudayaan Nilai Dalam Pembinaan Negara Bangsa

SELASIH MINDA EP 5 - Sosio-Psikologi Integriti dan Rasuah: Mengapa Manusia Terlibat dalam Rasuah?

TELAAH@UM SIRI 2 BERSAMA DATUK PROFESOR KOLONEL (K) DR. AWANG AZMAN AWANG PAWI

Chegubard Gesa Siasatan Dakwaan Sogokan Pengundi Awal Polis

Zahid dah tengok RCI TH sekali imbas, kata BN tewas PRU 14 sebab Tabung Haji rugi, dasat Zahid nih

Chichvarkin Saves Putin | Vitaly Portnikov

BOSNIA: The Country Europe Pretends Doesn't Exist | 4K Travel Documentary

Apa Berlaku Semasa Pemakaman Ayatollah Khamenei? - Cikgu Azmi MAPIM #iranisraelwar #khamenei #iran

Jangan Pergi Laos, Kalau Tak Tengok Video Ni!

Siapa Sebenarnya Derhaka? MB Baru Nak Angkat Sumpah Depan Siapa? Bersama Datuk² Lembaga Sungei Ujong

Eps Pemikir Negara - PRN Negeri Sembilan 2026 | JPOS5E23

Khairil Hisham: 'Saya pertahan institusi Adat Perpatih, tak patut turunkan video Isham Jalil'

요즘 내 동년배들 다 고전문학 읽는다 | 민음사 박혜진 초대석

Selasih Minda Ep2 : Perpaduan atau Perkauman Yang Kita Dambakan? #SelasihMindaPodcast

BENARKAH PIRAMID DI BINA OLEH FIRAUN? JOM BONGKAR | Dr Mat Rofa Ismail

THE NETWORK SCHOOL: PROJEK TEKNOLOGI ATAU ANCAMAN KEDAULATAN?

Puan Ita Terdengar Jeritan Di Makam Mat Kilau... Apa Yang Berlaku Sebenarnya?

Selasih Minda Ep 4 - Nasionalisma Melayu : Antara Romantisma Masa Lalu dan Cabaran Masa Kini

Where Does One Belong? The Burghers Who Carried Sri Lanka With Them

