PELAKON KEPOLISAN MENGAKU TIDAK BERSALAH MILIKI D*DAH, HADIR KE MAHKAMAH DIIRINGI TIGA 'BODYGUARD'

PELAKON KEPOLISAN MENGAKU TIDAK BERSALAH MILIKI D*DAH, HADIR KE MAHKAMAH DIIRINGI TIGA 'BODYGUARD' Seorang pelakon wanita yang pernah membintangi drama kepolisan terkenal tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pagi ini, dipercayai bagi menghadapi pertuduhan berhubung kes positif dadah. Wanita berkenaan dilihat tiba di perkarangan kompleks mahkamah pada jam 8.49 pagi dengan memakai pakaian serba hitam serta pelitup muka. Dia turut diiringi tiga pengawal peribadi ketika memasuki kawasan mahkamah. Pelakon terbabit dipercayai hadir bagi menghadapi pertuduhan di Mahkamah Majistret Jenayah 1 berhubung kes tersebut. Difahamkan, wanita berkenaan akan didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Sebelum ini, media melaporkan pelakon wanita terbabit ditahan selepas didapati positif tiga jenis dadah ketika berhibur di sebuah pusat hiburan tidak berlesen. Bagaimanapun, dia kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.