Bukan Flagship Tapi Rasa Premium! Nothing Phone (4a) Pro – Berbaloi ke RM2,299?

Nothing buat kejutan lagi tahun 2026! Kali ni dorang tak fokus pada flagship, tapi dorang 'all-out' habis-habisan untuk model (a) terbaru iaitu Nothing Phone (4a) Pro Silver Edition. Selepas 2 minggu aku jadikan daily driver, ini pengalaman jujur aku—ada benda yang aku suka gila, tapi ada satu isu signal yang buat aku rasa stress sikit.  [Kenapa Phone Ni Menarik?] • Design Baru: Bukan lagi plastik, tapi Aluminium Metal Unibody yang super nipis (7.95mm).  • Glyph Matrix: Ada 137 mini-LED individu yang lebih cerah dan boleh tunjuk status Live Notification.  • Skrin Padu: 6.83 inci LTPS AMOLED, refresh rate 144Hz, dan kecerahan mencecah 5,000 nits!.  • Kamera Periskop: Pertama kali siri (a) ada 50MP Tetraprism Periscope dengan 3.5x Optical Zoom.  [Spesifikasi Ringkas] • Chipset: Snapdragon 7 Gen 4.  • Memori: 12GB RAM / 256GB Storan (Versi Malaysia).  • Bateri: 5,080 mAh dengan Safe Cell Technology (90% health selepas 3 tahun).  • Sistem: Nothing OS 4.1 (King of Fluidity!).  [Harga & Ketersediaan] 💰 Harga: RM2,299 (12GB + 256GB). 🎁 Promo Pre-order: Diskaun RM100, 1 tahun extended warranty & merch misteri. #NothingPhone4aPro #NothingMalaysia #IzamiGadget #TechReview #GlyphMatrix #NothingOS