AUNTY BL0CK WHATSAPP ABANG KURIER, TAK NAK TERIMA BARANG COD

AUNTY BLOCK WHATSAPP ABANG KURIER, TAK NAK TERIMA BARANG COD Seorang penghantar barang yang dikenali @wan pergi ke rumah pelanggan yang telah menyekat nombornya di Tampin, Negeri Sembilan. Dia bertanya kepada aunty itu kenapa menyekat nombornya dan akibat daripada perbuatan aunty itu akan menyusahkan dirinya untuk menghubungi pelanggan lain. Dia memberi penjelasan kepada aunty itu jika tidak mahu barang tersebut aunty cuma membatalkan transaksi itu bukannya menyekat nombor rider. Namun, dia juga telah memulangkan kembali barang itu kepada penjual dan mesej yang ingin disampaikan oleh rider terbabit adalah jika terima sesuatu parcel yang tidak diingini atau bukan kita punya jangan disekat nombor rider, hanya membalas batal pada pesanan tersebut. Jika menyekat nombor rider, rider itu tidak dapat menhubungi customer lain kerana whatsapp akan mengesan rider itu sebagai scammer.