Nona Lifestyle - Datuk Wira Azizan Osman - Selamat Datang Ke Seri Puteh Villa

Elegan & Eksklusif! Seri Puteh Villa Milik Datuk Wira Dr. Azizan Osman Bukti Kejayaan Mentor Usahawan No 1 Malaysia! Saksikan sisi berbeza ikon usahawan dan mentor jutawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman menerusi 'house-tour' eksklusif di kediaman indah lagi elegan beliau, Seri Puteh Villa yang berlokasi di Shah Alam. Di sebalik kejayaan luar biasa sebagai peneraju RichWorks, terukir satu kisah penuh inspirasi yang menggabungkan usaha, doa, dan keberanian untuk berubah. Ruang kediaman yang tersusun kemas dengan dekorasi menawan ini menggambarkan keperibadian beliau —seorang individu yang tenang, fokus dan sentiasa mensyukuri nikmat yang dikecapi.