“Kami Nak Balik…” || HAMPIR SETAHUN KRU MV BERKAT TUAH MASIH TERPERANGKAP DI TELUK PARSI

Pada asalnya, MV Berkat Tuah membawa 13 kru yang terdiri daripada 11 rakyat Malaysia dan dua warga Indonesia. Mereka pergi ke Timur Tengah sekitar Jun 2025 untuk menjalankan satu tugasan komersial. Kontrak yang diterangkan kepada kru dikatakan hanya sekitar dua bulan dan mungkin dilanjutkan selama sebulan sekiranya diperlukan. Berdasarkan tempoh itu, mereka sepatutnya sudah dapat pulang selepas beberapa bulan menjalankan kerja. Namun, rancangan tersebut tidak berlaku seperti yang dijanjikan #detektifjadian