5 SEBAB KENAPA PERODUA EV KURANG LAKU?

5 SEBAB PERODUA EV KURANG LAKU Video ini adalah analisis berdasarkan data pendaftaran JPJ dan laporan media yang tersedia ketika video diterbitkan. Istilah “tak laku” digunakan kerana Perodua QV-E dilaporkan mencatat sekitar 20 pendaftaran pada Disember 2025, berbanding Proton e.MAS 5 (169 unit) dan Proton e.MAS 7 (937 unit) dalam tempoh yang sama. Analisis ini bukan kenyataan rasmi Perodua dan tidak bermaksud QV-E gagal atau tidak akan berjaya pada masa hadapan.