ICCP@SSP 2026- Pertandingan Filem Pendek [AZMAN]

Kategori : Bahasa Melayu Menengah Atas Sekolah : SBP Integrasi Gombak Subtema : SDG 4.5 HAPUSKAN DISKRIMINASI DALAM PEMBELAJARAN Objektif : Menunjukkan kepentingan keselamatan dan kesejahteraan murid bagi memastikan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik. Kumpulan Objektif : Penonton umum Isu Utama/Cabaran: Kurangnya keprihatinan orang dewasa terhadap murid yang mempunyai masalah dalam pembelajaran. Sinopsis : Sebuah filem pendek berjudul “Azman”, mengisahkan tentang Azman, seorang pelajar yang gagap dan sering menjadi mangsa buli di sekolah. Di sebalik sikap pendiamnya, dia sebenarnya memikul pelbagai beban hidup termasuk kemiskinan, dan layanan kasar daripada ayahnya sendiri. Setiap hari, Azman terpaksa berulang-alik ke sekolah dengan hanya berjalan kaki, bekerja sambilan selepas sekolah, serta menahan hinaan dan penderitaan tanpa sesiapa mengetahui keadaan sebenar dirinya. Sikapnya yang sering lewat ke sekolah menyebabkan ramai guru salah faham terhadapnya. Namun, segalanya mula berubah apabila seorang guru bernama Cikgu Khairul mula menyedari bahawa Azman sebenarnya menyimpan luka dan masalah yang lebih besar daripada apa yang dilihat orang lain. Dengan keprihatinan dan kasih sayang seorang guru, Cikgu Khairul berusaha membantu Azman keluar daripada kehidupan yang penuh penderitaan. Guru Pembimbing : Puan Azreen Shazlies binti AB Aziz Ahli Kumpulan : Ahmad Haziq bin Ahmad Zaki Muhammad Izzuddin Al-Azhar bin Zainal Dzal Aidi Rizqin bin Mohammad Faizal Kredit : Murid Tingkatan 3 SEKOLAH BERASRAMA PENUH INTEGRASI GOMBAK