Pelangi | Pembentukan Pelangi | Sains Tahun 4 | KSSR SAINS SEKOLAH RENDAH

Hai semua. Bersama saya. It's time Cikgu Aina. Video ini menerangkan topik fenomena pembentukan pelangi. Tajuk ini merupakan tajuk yang terdapat dalam sukatan pelajaran Sains sekolah rendah. Fenomena Pembentukan pelangi Sains Tahun 4. #sainstahun4. #fenomena #fenomenapembentukanpelangi #pembiasancahaya. Jom belajar bersama-sama Cikgu Aina. 🌸 🌸 Playlist : Jom Belajar Sains🌸 🌸 Proses fenomena pembentukan pelangi: Pelangi ialah fenomena optik yang terjadi apabila cahaya matahari memancar semasa atau sejurus selepas hujan turun. Pelangi terbentuk apabila cahaya matahrai menyinari titisan air hujan. Titisan air hujan bertindak sebagai prisma. Cahaya matahari akan dibiaskan dari satu medium ke medium yang lain dan menghasilkan tujuh spektrum warna. Sebahagian daripada warna cahaya dipantulkan di permukaan luar titisan air hujan. sebahagian cahaya dibiaskan pada sudut berbeza dalam titisan air hujan. cahaya dipecahkan kepada tujuh spektrum warna melalui penyebaran cahaya. spektrum warna dipantulkan di permukaan dalam titisan air hujan. pembiasan cahaya berlaku sekali lagi apabila cahaya keluar dari titisan air hujan. pelangi terbentuk di langit dalam keadaan melengkung kerana titisan air hujan berbentuk sfera. perbezaan warna pelangi disebabkan oleh panjang gelombang. cahaya merah paling sedikit kerana panjang gelombang paling panjang dan bergerak paling laju. cahaya ungu paling banyak kerana panjang gelombang paling pendek dan bergerak paling perlahan.pelangi boleh dilihat jika matahari berada di belakang pemerhati. 🌸 sebarang cadangan atau pertanyaan boleh 👇🌸 FB: Nurul Aina Abu Bakar Email : [email protected]