alabaladi wakaf bharu

Abdul Rahman Alabaladi merupakan anak bongsu kesayangan kedua-dua orang tuanya iaitu Muhammad Hj Omar dan Fatimah binti Mat Resad yang menetap di kampung Delima Wakaf Bharu Kelantan. beliau lahir sebagai insan yang sempurna sifatnya,tetapi malangnya setelah mengalami masalah kesihatan, beliau telah hilang daya penglihatan semasa baru berusia enam tahun. Meskipun demikian,beliau mendapat pendidikan awal dengan mengaji di pondok Kampung Delima. Abdul Rahman Alabaladi telah berpeluang belajar nasyid dengan Encik Idrus Saidi di Kepala Batas,Perak selama setahun. Ayahnya yang sering melihat beliau bersendirian tanpa kawan sepermainan yang ramai akibat kekurangan fizikalnya itu telah membuat sendiri alat muzik kecaluh (kecapi buluh) semasa beliau berusia lebih kurang 12 tahun.Alat muzik itu diharapkan menjadi teman untuk menghibur hati anaknya itu. Bermula dati situlah beliau mula bermain muzik dan menyanyi menggunakan kicaluh untuk menghiburkan hati sendiri dan juga teman-temannya di pondok durian semasa menunggu buah durian gugur. http://alabaladi.blogspot.com/