Karnival Minggu Akademik

📚 Karnival Akademik SMK Bangsar 2026 📚 Karnival Akademik SMK Bangsar 2026 telah berlangsung dengan meriah menerusi pelbagai aktiviti yang menyeronokkan, mencabar dan berilmiah. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk Pertandingan Poster Perpaduan, Roket Air, Explorace dan Tayangan Perdana. Setiap aktiviti dirancang bagi memupuk kreativiti, semangat kerjasama, pemikiran kritis serta mengeratkan perpaduan dalam kalangan warga sekolah. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua guru, murid, jawatankuasa pelaksana dan pihak yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Semoga Karnival Akademik terus menjadi platform untuk melahirkan murid yang berilmu, berdaya saing dan berketerampilan.