Melakar Semula

Melalui Dana Warisan, Khazanah menyokong inisiatif Warisan KL dengan menghidupkan semula Kompleks Bangunan Sultan Abdul Samad (BSAS) yang merangkumi enam buah bangunan, serta Seri Negara dan Carcosa. Usaha-usaha ini amat penting bagi memelihara mercu tanda kebangsaan yang menjadi tunjang kepada sejarah kolektif kita. Filem terbaharu kami, Melakar Semula, meneroka perjalanan ini menerusi kaca mata Amirah, seorang arkitek. Kisah beliau menonjolkan bagaimana pemulihan BSAS dan Seri Negara merangkaikan masa lampau kita yang penuh sejarah dengan masa depan yang dinamik—mengubah monumen yang sepi menjadi simbol Malaysia yang terus hidup. — Through Dana Warisan, Khazanah supports the broader Warisan KL initiative by rejuvenating the Bangunan Sultan Abdul Samad (BSAS) Complex, comprising six buildings, as well as Seri Negara and Carcosa. These efforts are vital to preserving the national landmarks that anchor our collective history. Our latest film, Melakar Semula, explores this journey through the eyes of Amirah, an architect. Her story highlights how the rejuvenation of BSAS and Seri Negara bridges our storied past with a vibrant future—transforming silent monuments into living symbols of Malaysia. #BangunanSultanAbdulSamad #BSAS #SeriNegara #AdvancingMalaysia #HeritageReborn #KhazanahNasional