Suluk Ialah Jalan Kembalinya Hati Yang Mutmainnah | Shaykh Dr. Jahid Sidek
Tidak semua tarekat yang muktabarah mempunyai amalan bersuluk. Tarekat Naqshabandiyyah Khalidiyah adalah antara tarekat yang mewarisi amalan uzlah dan khalwat (suluk) yang diajarkan oleh Rasulullah, para sahabat dan ulama salaf hingga ke hari ini. Dalam siri Hikmah Suluk #1 ( • Konsep Dan Amalan Suluk Dalam Quran | Shay... ), Shaykh Dr. Jahid Sidek telah menjelaskan konsep-konsep amalan suluk yang diabadikan dalam al-Qur'an. Antara fokus perbincangan adalah menekankan kepada konsep uzlah dan khalwat sebagaimana amalan Ashabul Kahfi dan Tahanus Nabi di Gua Hira. Tentang tempoh masa bersuluk, para ulama sufi mengambil iktibar daripada suluk Baginda Nabi, iaitu 10 hari di akhir Ramadhan dan 40 hari seperti yang diperintahkan Allah kepada Nabi Musa. Sedangkan ciri-ciri utama amalan suluk adalah sentiasa menjaga adab-adab bersuluk dan sentiasa berzikir dan tafakur seperti yang diamalkan oleh golongan Ulul Albab dibawah bimbingan Nabi Muhammad SAW. Pada Hikmah Suluk #2 ( • Hikmah Suluk #2: Allah Kurniakan Kasyaf Il... ) lebih menekankan dasar-dasar dalil naqli, aqli dan dalil yang dimusyahadahkan Allah dengan huraian yang lebih terperinci. Dengan limpahan keberkatan guru mursyid maka tahapan zikir di dalam suluk, seorang salik akan Allah kurniakan 'wushul ilaAllah' yang ditandai dengan pencapaian Kasyaf Ilmiah. Selanjutnya, dalam Hikmah Suluk #3 ( • Hikmah Suluk #2: Allah Kurniakan Kasyaf Il... ), dipaparkan tentang terbukanya hijab hati yang Ghaflah menuju zikir yang Hudur sampai zikir Ghaibah. Adapun khusus pada Hikmah Suluk #4 ini, Shaykh Dr. Jahid Sidek memaparkan dasar-dasar pemikiran dan tahapan-tahapan maqam zikir selama bersuluk. Bermula dengan amalan kaifiat zikir di 7 lata'if. Pada setiap tahapan haruslah dilalui seorang salik dengan sempurna sebelum memasuki tahapan maqam zikir selanjutnya. Tahapan zikir tidaklah berhenti di sini, pengalaman Shaykh Dr. Jahid yang telah memimpin suluk selama hampir 30 tahun, berhasil menghuraikan hikmah suluk secara terang, jelas dan sangat menarik. Antaranya pemaparan tentang amalan wukuf qalbi hinggalah pendakian rohani ke kemuncak zikir iaitu nafi isbat. Dalam video ini, para pengamal tarekat dan peminat tasawuf juga akan memperoleh pemaparan yang jelas tentang kebenaran amalan zikir dan tafakur (muraqabah). Dimulai dengan muraqabah Ahadiyah diakhiri dengan kepentingan amalan muraqabah Maiyyah. Para salik yang berjaya ke tahapan ini akan merasai pelbagai pengalaman rohani. Antaranya Allah kurniakan boleh menghimbau kembali pengalaman hati dan ruh seperti mana yang disebut dalam al-Qur'an, "Alastu Birabbikum?". Sudah tentu kesannya sangat hebat, kerana hati telah berada diambang ketenangan (hati yang mutmainnah). Nak tahu huraian yang jelas dan mudah difahami, tunggu apa lagi, sila klik link di bawah ini sekarang juga: • Suluk Ialah Jalan Kembalinya Hati Yang Mut... ▫️Program: Kuliah Tasawuf Online ▫️Tajuk: Hikmah Suluk Siri #4 ▫️Oleh: Tuan Guru Dr. Hj Jahid Bin Hj. Sidek Al-Khalidi ▫️Lokasi: Manarah Studio, Bangunan Astana BUDI, Lorong Beringin, Batu 17, Kuang, Sungai Buloh-Selangor. ▫️Hari/Tanggal: Jumat/2 Julai 2021. #manarah_drjahid #jalan_suluk_untuk_wuquf_qalbi_dan_nafi_isbat #hati_kembali_mutmainnah _ Klik Subscribe untuk video-video terbaru : https://www.youtube.com/channel/UC4FQ... _ Semoga kaum Muslimin dan Muslimat sentiasa dalam limpahan rahmat Allah SWT. Kewujudan channel youtube ini diharapkan boleh membantu penyebaran aktiviti dakwah, khususnya bagi para pengamal dan peminat tarekat-tasawuf. Sila bantu sebarkan ilmu seluas-luasnya dengan cara 'share' video ini serta 'like', jangan lupa 'subscribe' channel Manarah DrJahid. Aktifkan juga ikon loceng pemberitahuan supaya mendapatkan keberkatan yang berterusan daripada video-video terbaru Manarah DrJahid. _ Manarah DrJahid mengalu-alukan Tuan-tuan dan Puan-puan untuk memberi sokongan bagi kejayaan dakwah kami. Untuk itu Tuan/Puan boleh menyalurkan sumbangan melalui : RHB Islamic Bank Bhd. 2620 81000 10309 Atas nama : Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia Untuk pengesahan sumbangan : +60173652534 (Tuan Hj. Mahdan Bin Mohamed) _ Follow Facebook kami untuk maklumat terbaru: / manarahshaykhdrjahid / drjahidsidek _ Sekiranya ada pertanyaan, sila tulis di ruang komen, insyaAllah admin akan merujuk soalan-soalan kepada YMTG Shaykh Dr. Jahid Sidek Al-Khalidi untuk mendapatkan pencerahan. Atau boleh juga tulis ke alamat email : [email protected] _ Copyright ©️ 2021 Manarah DrJahid, All rights reserved. Please Share, Don't Re-Upload! Terima Kasih Kerana Sudah Menonton. negeri seribu suluk shaikh dr jahid sidek shaikh dr jahid sidek al khalidi সুলুক সন্ধান hukum akal sidang kalam tarekat syattariyah

Konsep Dan Amalan Suluk Dalam Quran | Shaykh Dr. Jahid Sidek

Keberkatan Cahaya Zikir Dari Bumi Pahang | Shaykh Dr. Jahid Sidek Al-Khalidi

Izz al-Qadiri Tidak Jujur Lagi (Zikir & Doa Berjamaah Selepas Solat)

Cara Menjauhkan Diri Dari Melakukan Dosa Berkekalan - Shaikh Dr Jahid Sidek Al-Khalidi

Elak Tipu Daya Syaitan, Guna Hati | Shaykh Dr. Jahid Sidek Al-Khalidi

BAGAIMANA KAEDAH MENGAMALKAN ZIKIR TAHLIL oleh Syeikh Dr Hj Jahid bin Hj Sidek al-Khalidi

Bila Usia Kita Tiba di Waktu Asar

KISAH PEMBUNUHAN NABI YAHYA | KISAH ISRAK MIKRAJ | USTAZ BADLISHAH

Surah Al-Ma’un: Krisis Ibadah Tanpa Ruh, Akhlak Kian Runtuh | Ustaz Azlan Shah NK

Bagaimana Roh Ke Alam Malakut Ketika Berzikir - Shaikh Dr Jahid Sidek Al-Khalidi

Celebrating Eid Al Adha in Lombok Indonesia 🇮🇩 The Island with over 1000 Mosques

TANDA-TANDA Hati MATI Atau HIDUP Dalam Al-Qur'an Dan Hadis | Shaykh Dr. Jahid Sidek Al-Khalidi

Sesuatu Nasihat Buat Kita - Dr Zulkifli Mohamad al Bakri

Hikmah Zikir Allah... Allah... Allah... | Shaykh Dr. Jahid Sidek Al-Khalidi
![[LIVE] TADABBUR AL-QURAN 🚨‼️ : 19 May 2026 - Surah Al-Mu'minun: Ayat 45 - 48](https://i.ytimg.com/vi/kWO_zz9LoNI/hqdefault.jpg?sqp=-oaymwEjCNACELwBSFryq4qpAxUIARUAAAAAGAElAADIQj0AgKJDeAE=&rs=AOn4CLB_Fm3LhUu3nQTUH05eI9gLXaCJzg)
[LIVE] TADABBUR AL-QURAN 🚨‼️ : 19 May 2026 - Surah Al-Mu'minun: Ayat 45 - 48

Nik Zawawi Sudah Taubat & Minta Maaf?! Tapi Kena Masih Percaya Ia Berlaku?! Tuan Ibrahim dan PAS ?!

DAJJAL 2030 : Konspirasi Bukan teori

La Ilaha Illa ALLAH: The POWER of the DHIKR Wuquf Qalbi | Shaykh Dr. Jahid Sidek al-Khalidi

Komando, Ciri Pemimpin, Tahanan Gerila Liberia, Pengorbanan Isteri, PLKN - Sembang Arif Ep 6

