Iklan Raya AKPK 2025: Deria Raya

Aidilfitri bukan hanya cahaya yang menyinari pandangan, tetapi sinar kasih yang menerangi jiwa. Dalam kebersamaan, setiap deria berbicara, menjadikan kasih sayang lebih nyata, dan tiada siapa ditinggalkan bersendirian. Segelap manapun dunia di sekeliling kita, takbir Aidilfitri mengubat duka. Kerana sebenar-benarnya, kemeriahan raya bukan sekadar pada apa yang terlihat, tetapi pada semangat untuk membuka hati dan minda, diikuti dengan perancangan yang teliti serta tindakan yang nyata untuk kembali bangkit ke arah mencapai kesejahteraan bersama insan tersayang. Selami kisah Along menyambut Aidilfitri, menemukan cahaya dalam kasih yang tak bersempadan ✨ #IklanRaya2025 #PEACEofMIND #AKPKUntukEsokYangLebihBaik