Menengah Rendah (2022) | Pendidikan Islam (Tingkatan 2): Kepimpinan Rasulullah S.A.W. di Madinah
Tajuk: Pendidikan Islam (Tingkatan 2): Kepimpinan Rasulullah S.A.W. di Madinah Guru: Salina Busrowi Episod ini berkonsepkan pembentangan interaksi guru dan murid dengan menggunakan slide powerpoint serta aktiviti uji minda. Murid-murid akan diberikan penerangan mendalam tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan kepimpinan Rasulullah S.A.W. sebagai pemimpin negara Islam pertama di Madinah. Murid juga dibimbing agar dapat mengambil iktibar daripada kepimpinan Rasulullah S.A.W. seperti yang telah digariskan di dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran KSSM Pendidikan Islam Tingkatan 2. #DidikTV #MenengahRendah
