KATA GANTI NAMA DAN PANGGILAN KEKELUARGAAN NEGERI PERLIS (ARAU)

Video ini merupakan projek bagi kursus BMC21103 – Sosiolinguistik yang bertajuk “Kata Ganti Nama dan Panggilan Kekeluargaan Negeri Perlis”. Animasi 2D ini dihasilkan bagi memperkenalkan penggunaan kata ganti nama dan panggilan kekeluargaan dalam dialek masyarakat Negeri Perlis. Projek ini bertujuan memberikan pemahaman tentang variasi bahasa yang digunakan dalam konteks sosial dan budaya, di samping mengaplikasikan elemen visual yang menarik bagi memudahkan penyampaian maklumat.