RUMAH DIGANGGU JIN BALING BARANG SAMPAI BERSEPAH RUMAH

RUMAH DIGANGGU JIN BALING BARANG SAMPAI BERSEPAH RUMAH Seorang perawat perubatan berkongsikan rakaman siaran langsung di mana sebuah keluarga mendapat gangguan jin yang suka membaling barang. Menerusi rakaman tersebut, salah seorang penghuni rumah berkenaan menunjukkan keadaan rumahnya yang bersepah angkara perbuatan jin tersebut. Jin itu juga dilihat melemparkan beberapa barang seperti tudung periuk, bekas makanan dan juga tukul. Walaupun sudah memanggil beberapa perawat untuk menghalau gangguan itu namun jin tersebut dikatakan enggan keluar dari rumah berkenaan.