NEOBOT Kebangkitan Inovasi - Kumpulan 14

Tajuk Video: NEOBOT: Kebangkitan Inovasi Sinopsis Cerita Animasi: Aisyah, Liyana dan Daniela merupakan tiga sahabat yang berbakat dalam bidang sains dan teknologi. Mereka berusaha membangunkan sebuah robot inovatif bernama NeoBot untuk projek sekolah. Namun, semasa ujian dijalankan, robot tersebut mengalami kerosakan dan memaparkan mesej ralat. Tanpa berputus asa, mereka bekerjasama memeriksa kabel, sensor dan sistem robot dengan penuh teliti. Hasil daripada ilmu, kemahiran dan semangat kerjasama yang tinggi, NeoBot berjaya berfungsi semula dengan sempurna. Kisah ini menunjukkan bahawa kejayaan dapat dicapai melalui usaha gigih, inovasi dan kerjasama yang erat. Kategori Pertandingan: 2D Nama Kumpulan: TIGA SAHABAT YANG HEBAT Ciri Murid RPM yang Disampaikan: ✅ Berilmu ✅ Berkemahiran ✅ Berdaya Tahan