Taman Wetland Putrajaya | Walaupun Aku Enjoy Tapi Tolonglah Selenggara Taman Ini Dengan Lebih Kerap

Check out Ben's Channel:    / @benmodses   Taman Wetland Putrajaya yang terletak di Presint 13, Putrajaya ini merupakan taman rekreasi buatan yang cukup luas dan menawarkan ruang untuk kita melakukan banyak aktiviti luar seperti berjalan, jogging, berlari, berbasikal, berkhemah, bahkan untuk bersiar-siar. Taman ini dilengkapi dengan kemudahan asas yang mesra keluarga. Bagaimanapun kunjungan aku baru-baru mendapati taman ini tak berapa diselenggara. Spot menarik seperti Kolam Flamingo berselerak barang-barang pembinaan di sekitarnya dengan wakaf yang tak selesai diselenggara. Pusat Penghayatan Alam tutup. Wakaf-wakaf di sekitar ada yang dah bergoyang binaannya, manakala daun-daun kering di lantai dan taik cicak di bangkuy tidak dibersihkan. Aku ok saja kalau taman ini memang dicipta sebagai ekosistem, sesuailah dengan gelaran Putrajaya's kidney, tapi kalau tujuannya untuk eko-pelancongan maka mestilah ada penyelenggaraan berkala. #putrajayawetlandpark #tamanwetlandputrajaya #putrajaya #outdoorsmalaysia #briskwalk #putrajayakidney